Chery Labur Sampai Berbilion Bangunkan Kilang EV
Sempena rangka lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Beijing, China, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburannya, Luhut Binsar Pandjaitan sempat bertemu dengan Naib Presiden Eksekutif Chery International, Charlie Zhang.

FOTO KREDIT: CHERY INTERNATIONAL
Kedua-dua pihak itu dikatakan telah membincangkan mengenai pembangunan penyelesaian mobiliti bersih.
-full_normal.jpg)
FOTO KREDIT: CHERY INTERNATIONAL
Untuk itu, Zhang membentangkan rancangan pelaburannya bernilai AS$1 bilion (RM4.46 bilion) untuk membina kilang kenderaan elektrik di Indonesia.
Rancangan itu merangkumi aktiviti produksi dan pembuatan kenderaan elektrik, memperkenalkan teknologi, produk, bateri dan beberapa rantaian produk lain.
Menerusi perkembangan positif Chery Automobile setakat ini, Luhut dilihat amat yakin dengan rancangan Chery di Indonesia.
Apakan tidak di sebalik cabaran dalam industri automotif akibat kekurangan bekalan cip, ia tidak menjadi penghalang buat Chery untuk meningkatkan jualan.
Pada suku pertama tahun 2022 yang cukup mencabar, Chery mencatatkan jumlah jualan sebanyak 475,000 kenderaan (+12% tahun ke tahun) termasuk 148,000 unit yang berjaya dijual di luar China.
Jika anda tidak tahu mengenai sejarah Chery, untuk makluman, Chery telah menjadi kereta penumpang terkemuka di China dan menjadi pengeksport selama 19 tahun berturut-turut.
Ia menjual keluaran produknya lebih 80 negara dengan volum jualan global terkumpul melebihi 10 juta kenderaan dan mempunyai 1,500 pusat jualan dan perkhidmatan di luar negara.
“Pasaran kereta di Asia Tenggara akan menjadi komponen penting terutamanya Indonesia, negara yang terbesar dengan ekonomi dan penduduk terbesar di ASEAN.
“Untuk itu, Chery akan membina pangkalan pengeluaran dan pembuatan mengikut pelan rancangan di Indonesia dimana ia akan mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta jualan, ke arah misi syarikat untuk bertapak di Indonesia termasuk eksport ke luar negara,” kata Zhang.
-full_normal.jpg)
FOTO KREDIT: CHERY INTERNATIONAL
Menurut Zhang, Indonesia sebenarnya kaya dengan sumber mineral kerana memiliki rizab nikel yang terbesar di dunia, dimana ia memainkan peranan penting di dalam industri pembangunan kenderaan tenaga baharu di sana.
Chery juga akan membangunkan rantaian industri di Indonesia, termasuk integrasi mineral sumber, bateri dan pengeluaran kenderaan, dimana ia akan menyumbang pertumbuhan ekonomi
Chery juga turut merancang untuk memperkenalkan sehingga sembilan buah model baharu di Indonesia, merangkumi kenderaan elektrik dan plug-in hybrid.
Difahamkan, Chery juga turut mempunyai perancangan yang menarik untuk pasaran Malaysia di mana mereka sedang bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk membangunkan operasi pemasangan tempatan.
Chery juga akan melancarkan beberapa buah model menarik termasuklah EV Omoda 5 dan model di bawah siri Tiggo Pro.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW2950
SELANGOR
BSU6694
JOHOR
JG5164J
PULAU PINANG
PSG9248
PERAK
APM5483
PAHANG
CFJ2660
KEDAH
KGJ6286
NEGERI SEMBILAN
NEM4265
KOTA KINABALU
SJU7641
KUCHING
QAB8563P
Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

