ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Labur Sampai Berbilion Bangunkan Kilang EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sempena rangka lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Beijing, China, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburannya, Luhut Binsar Pandjaitan sempat bertemu dengan Naib Presiden Eksekutif Chery International, Charlie Zhang.

FOTO KREDIT: CHERY INTERNATIONAL 

Kedua-dua pihak itu dikatakan telah membincangkan mengenai  pembangunan penyelesaian mobiliti bersih.


FOTO KREDIT: CHERY INTERNATIONAL

Untuk itu, Zhang membentangkan rancangan pelaburannya bernilai  AS$1 bilion (RM4.46 bilion) untuk membina kilang kenderaan elektrik di Indonesia.

Rancangan itu merangkumi aktiviti produksi dan pembuatan kenderaan elektrik, memperkenalkan teknologi, produk, bateri dan beberapa rantaian produk lain.

Menerusi perkembangan positif Chery Automobile setakat ini, Luhut dilihat amat yakin dengan rancangan Chery di Indonesia.

Apakan tidak di sebalik cabaran dalam industri automotif akibat kekurangan bekalan cip, ia tidak menjadi penghalang buat Chery untuk meningkatkan jualan.

Pada suku pertama tahun 2022 yang cukup mencabar, Chery mencatatkan jumlah jualan sebanyak 475,000 kenderaan (+12% tahun ke tahun) termasuk 148,000 unit yang berjaya dijual di luar China.

Jika anda tidak tahu mengenai sejarah Chery, untuk makluman, Chery telah menjadi kereta penumpang terkemuka di China dan menjadi pengeksport selama 19 tahun berturut-turut.

Ia menjual keluaran produknya lebih  80 negara dengan volum jualan global terkumpul melebihi 10 juta kenderaan dan mempunyai 1,500 pusat jualan dan perkhidmatan di luar negara.

“Pasaran kereta di Asia Tenggara akan menjadi komponen penting terutamanya Indonesia, negara yang terbesar dengan ekonomi dan penduduk terbesar di ASEAN.

“Untuk itu, Chery akan membina pangkalan pengeluaran dan pembuatan mengikut pelan rancangan di Indonesia dimana ia akan mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta jualan, ke arah misi syarikat untuk bertapak di Indonesia termasuk eksport ke luar negara,” kata Zhang.


FOTO KREDIT: CHERY INTERNATIONAL

Menurut Zhang, Indonesia sebenarnya kaya dengan sumber mineral kerana memiliki rizab nikel yang terbesar di dunia, dimana ia memainkan peranan penting di dalam industri pembangunan kenderaan tenaga baharu di sana.

Chery juga akan membangunkan rantaian industri di Indonesia, termasuk integrasi mineral sumber, bateri dan pengeluaran kenderaan, dimana ia akan menyumbang pertumbuhan ekonomi

Chery juga turut merancang untuk memperkenalkan sehingga sembilan buah model baharu di Indonesia, merangkumi kenderaan elektrik dan plug-in hybrid.

Difahamkan, Chery juga turut mempunyai perancangan yang menarik untuk pasaran Malaysia di mana mereka sedang bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk membangunkan operasi pemasangan tempatan.

Chery juga akan  melancarkan beberapa buah model menarik termasuklah EV Omoda 5 dan model di bawah siri Tiggo Pro.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQF1327

SELANGOR

BSL2141

JOHOR

JYN4989

PULAU PINANG

PRW9081

PERAK

APD5894

PAHANG

CFE5436

KEDAH

KGD5578

NEGERI SEMBILAN

NEJ659

KOTA KINABALU

SJP4363

KUCHING

QAB8284M

Terakhir Kemas Kini 25 Dec, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.64

-0.02

RON 97

RM 3.27

-0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.06

-0.02

EURO 5 B7

RM 3.26

-0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025

Berita Terkini

Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Kesatuan Eropah 'Ubah Fikiran', Batal Pengharaman Kereta Petrol & Diesel

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah mengambil langkah mengejutkan dengan menarik balik sasaran agresif mereka untuk mengharamkan sepenuhnya kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2035.

18-12-2025
Global

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.