- Berita
- Kereta Baru
- Harga Volkswagen Golf R-Line Versi CKD Akhirnya Diumumkan, Dari RM170K! Ini Spesifikasinya...
Harga Volkswagen Golf R-Line Versi CKD Akhirnya Diumumkan, Dari RM170K! Ini Spesifikasinya...

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan harga baharu bagi Golf R-Line yang bermula dari RM169,990.
Untuk maklumat pembaca, harga RM169,900 tersebut ialah harga runcit yang disyorkan (RRP), sementara harga atas jalan, tidak termasuk insurans ialah RM170,560 seperti yang dipaparkan dalam rajah di bawah.

Pembelian adalah termasuk jaminan daripada VCPM selama lima tahun, tanpa had perbatuan dan perlindungan bantuan tepi jalan termasuk program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.
PRESTASI VW GOLF R-LINE
Dipertontonkan kepada orang ramai pada bulan Oktober tahun lalu, VW Golf R-Line yang dipasangkan buat pertama kalinya di dalam negara (CKD) ini dikuasakan oleh enjin khas Volkswagen, turbo 4 silinder TSI 1.4L dengan output 148hp/250Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik 8 kelajuan, berbeza daripada kotak gear klac berkembar DSG yang biasa digunakan.
BAHAGIAN LUAR VW GOLF R-LINE

Tampil dengan reka bentuk yang sporty, tidak cukup untuk dipandang hanya sekali. Diberikan sentuhan R-Line, bahagian luar Golf generasi kelapan ini menggunakan aksen berwarna hitam berkilat, dengan bentuk ekzos dan sisipan (insert) gril khas eksklusif yang membezakannya daripada kembar GTI lain.

Sudut lain yang menarik pada badan kereta ini ialah roda aloi Valencia yang bersaiz 17 inci, lampu depan automatik LED Plus kiri dan kanan yang dihubungkan oleh lampu bar LED.

Bergerak ke bahagian belakang, sudut ini menggunakan lampu belakang LED dengan lampu pusingan dinamik.
BAHAGIAN DALAM VW GOLF R-LINE

Sepertimana bahagian luar yang diberikan sentuhan siri R, begitu juga pada kabin kereta. Model ini menggunakan tempat duduk Sport dalam balutan fabrik Sardegna dan kusyen sisi Art Velours untuk keselesaan maksimum. Sulaman R-Line dapat dilihat pada bahagian perehat kepala.

Dari segi teknologi, kereta menggunakan kluster instrumen digital bersaiz 10.25 inci dan sistem infotainmen bersiaz 10 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, selain turut dilengkapkan dengan fungsi navigasi. Untuk audio, kereta dilengkapi lapan speaker.

Kemudahan menarik lain ialah sistem kawalan iklim automatik tiga zon, pencahayaan ambien kabin, panel kawalan sensitif sentuhan (ciri eksklusif terkini daripada Volkswagen), butang sentuh jenis kapasitif pada stereng kereta, kemasukan dan juga penghidup enjin tanpa kunci, brek parkir elektronik dan empat port pengecas USB-C.
KESELAMATAN VW GOLF R-LINE
Golf serba baharu ini dibina daripada rangka kukuh menggunakan besi berkualiti tinggi untuk perlindungan maksimum kepada penumpang kenderaan sekiranya berlaku kemalangan.
Mengenai sistemnya, VW Golf R-Line dilengkapi enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek pasca pelanggaran untuk menghalang pelanggaran kali kedua, pengunci diferensial elektronik (XDS) yang meningkatkan cengkaman dan mengurangkan understeer dan banyak lagi.
WARNA VW GOLF R-LINE
Golf R-Line ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuklah dua warna baharu kelabu (Moonstone Grey) dan merah metalik (metallic Kings Red). Warna lain ialah biru metalik (Atlantic Blue), serta hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) mutiara.
Pada pendapat CariCarz, harganya berbaloi dengan kecanggihan kabin dan keranggian rekaannya. Apakah pendapat anda mengenai Golf R-Line yang dihasilkan secara CKD ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Jangan lupa! Ikuti Facebook kami, Dunia Kereta, untuk mendapatkan berita terkini automotif.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD3973
SELANGOR
BSR468
JOHOR
JYB2362
PULAU PINANG
PSD2597
PERAK
APJ3645
PAHANG
CFG8447
KEDAH
KGG6223
NEGERI SEMBILAN
NEK7154
KOTA KINABALU
SJS4968
KUCHING
QAB423P
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.
05-11-2025
Jom Raikan 50 Tahun Volkswagen Golf
VPCM bakal melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran perhimpunan pemilik dan peminat Volkswagen Golf terbesar di negara ini.
05-08-2024
Berita Terkini
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
