Ini Dia Rekaan Model Terbaharu Honda! Konsep SUV Kecil Ini Bakal Dikeluarkan Di Indonesia

SUV RS Concept (Foto: Kompas)
Baru-baru ini, Honda telah mempamerkan SUV RS Concept, prototaip yang diselubungi pelekat samaran ketika acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022 di Indonesia.
Kereta konsep yang dilindungi dalam kotak lutsinar ini dikatakan bakal menjadi barisan kereta baharu yang akan ditawarkan Honda, dan bakal menjadi “model pertama Honda dalam segmen SUV kecil.”

SUV RS Concept (Foto: Oto Driver)
Bila ia akan dilancarkan? Honda memaklumkan pelancarannya akan tiba tidak lama lagi. Pengarah Jualan dan Pemasaran Honda Prospect Motor, Yusak Billy, berkata kepada Kompas bahawa pelancarannya diharapkan dapat dibuat pada hujung tahun ini.
SUV RS Concept (Foto: Oto Driver)
Tambahnya, Honda akan menguji model terbaharu ini di jalan raya secepat mungkin supaya ia dapat ditawarkan kepada orang ramai dengan kadar yang segera.
Berdasarkan foto konsep SUV RS 2021 sebelum ini yang dibandingkan dengan foto konsep terkini (dibocorkan oleh Autonet Magz), gril depan RS 2022 telah diubah dan diberikan sentuhan RS dalam warna krom seperti yang terdapat pada HR-V RS. Di bahagian atas gril pula terdapat bar krom.

Foto bahagian depan SUV RS Concept baharu (Foto: Autonet Magz)

Foto bahagian depan konsep asal SUV RS 2021 (Foto: Paultan)
Selain itu, terdapat kemasan gaya plat skid berwarna perak dengan tiga lekuk dan bukannya dua seperti konsep terdahulu. Bampar depan juga kelihatan lebih menegak.
Bergerak ke bahagian belakang, terdapat perubahan besar antara rekaan sebelum ini dengan konsep terkini. Pertama ialah cermin belakangnya yang sebelum ini kelihatan lebih menyendeng, namun kini agak tegak sedikit. Seterusnya, konsep lama penggunaan lampu LED berkelebaran penuh sama seperti yang terdapat pada HR-V terbaharu, namun bagi kereta konsep terkini (versi yang bakal dikeluarkan) ini pula hadir dengan rekaan yang berbeza seperti yang ditunjukkan di bawah:
Foto bahagian belakang SUV RS Concept baharu (Foto: Autonet Magz)
Foto bahagian depan konsep asal SUV RS 2021 (Foto: Paultan)
Ciri lain yang dapat dilihat pada kereta konsep ini adalah penggunaan spoiler belakang, lampu belakang jenis 3D dan juga berbentuk L seperti yang terdapat pada Civic FE.
Model terbaharu keluaran Honda ini merupakan hasil kerjasama Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd dan pasukan Honda di Indonesia.
Harga, spesifikasi tempatan dan perincian lain akan diumumkan pada masa akan datang.
SUV RS Concept (Foto: Kompas)
Apa pendapat anda tentang SUV ini? Adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia untuk menjadi pesaing terdekat kepada Perodua Ativa? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Sumber: Funtasticko, Paultan, Kompas, Oto Driver, Autonet Magz
Baca: Honda Malaysia Catat Peningkatan Jualan Sebanyak 60%
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX6356
SELANGOR
BSP9735
JOHOR
JYW5411
PULAU PINANG
PSC2423
PERAK
APH4205
PAHANG
CFG4856
KEDAH
KGF8580
NEGERI SEMBILAN
NEK3921
KOTA KINABALU
SJR8904
KUCHING
QAB7501N
Terakhir Kemas Kini 16 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat