Kemalangan Ngeri, Axia Hancur, Mangsa Tercampak Keluar

Perodua Axia yang hancur impak daripada pelanggaran (Foto: FB Info Roadblock Seluruh Malaysia)
Sebuah kemalangan yang membabitkan Perodua Axia dan Mitsubishi Triton menyebabkan seorang mekanik maut dan dua lagi rakannya parah. Kejadian berlaku di Kilometer 301.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Plaza Tol Kijal, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang meninggal dunia bekerja sebagai mekanik dan dua rakannya lagi bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori.

Mangsa tercampak keluar (Foto: FB Info Roadblock Seluruh Malaysia)
Kemalangan ngeri yang berlaku pada jam 5.40 pagi itu menyebabkan Saharuzaman Abd Wahab, 48 parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.
Sementara itu, dua lagi rakannya, Kamarulzaman Abu Bakar, 52, dan Mohd Afiq Mohd Noor, 23, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Kejadian tersebut berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Terengganu.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Produa Axia yang mangsa naiki dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.
"Dalam masa yang sama, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun bersama isteri dan anaknya yang datang dari arah yang sama gagal mengelak lalu melanggar kereta mangsa," katanya.

Mangsa dalam Mitsubishi Triton gagal mengelak Axia (Foto: FB Info Roadblock Seluruh Malaysia)
Jelas Hanyan, rempuhan itu menyebabkan semua mangsa di dalam kereta terbabit tercampak keluar.
"Pemandu pacuan empat roda bersama dua penumpang tidak cedera.
"Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sementara dua rakannya dirawat di hospital yang sama," katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca: Triton Phantom Plus Edition Lebih Buas, Terhad 1,000 Unit Sahaja
Sumber: Berita Harian
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge