KOENIGSEGG CC850 2023, Kereta Manual, Tapi Power

Kehadiran Koenigsegg pada pameran Monterrey Car Week yang diadakan di Monterrey, California berjaya mencuri perhatian para pengunjung.
Cebisan Koenigsegg sebenarnya mengimbau kembali kepada ciptaan pertama asalnya CC8S.
Dijulang sebagai CC850, ia yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,363 hp dianggap sebuah jentera yang cukup hebat.
Untuk makluman ia juga hadir dengan transmisi manual.
CC850 pernah ditayangkan dalam dua peristiwa yang cukup penting.
Buat pertama kali, ia ditayangkan pada ulang tahun ke-20 ketika CC8S asal dihantar buat pertama kalinya dan kedua, ia dihadiahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Koenigsegg, Christian von Koenigsegg sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

“Sebenarnya CC850 tidak dicipta untuk memecahkan rekod model Jesko atau menetapkan rekod baharu untuk mencipta kelajuan tertinggi sebaliknya mahu menawarkan tahap kepuasan dan keseronokan pemanduan tertinggi dengan prestasi yang menggembirakan dimana Koenigsegg sudah sinonim dengan kehebatan itu,” kata Christian mengenai CC850.
Menjengah bahagian luarannya, CC850 merupakan penghormatan kepada CC8S.

Ini terbukti melalui garisan ringkas dan gaya, manakala rimnya mengambil bentuk dail telefon lama termasuk susun atur lampu belakangnya terdapat peningkatan tiga kali ganda.
Ia dibina di atas casis monocoque gentian karbon Jesko, CC850 juga menggunakan suspensi double wishbone di hadapan dan belakang.

Malah, ia juga dipasang dengan peredam boleh laras serta peredam belakang Triplex yang direka untuk mengurangkan daya angkat bahagian hadapan semasa pecutan.
Menyentuh mengenai kuasanya, CC850 dikatakan “meminjam” enjin model Jesko dimana ia turut menggunakan enjin 5.0 liter bentangan V8 turbo berkembar .
Untuk itu ia mampu menghamburkan kuasa sehhingga 1,363hp@tork 1,382 Nm.
Model CC850 ini menggunakan kotak gear Light Speed Transmission sembilan nisbah kelajuan yang sama seperti model Jesko.
Ia juga dilengkapi dengan operasi klac pedal dengan enam posisi gear iaitu sama seperti kereta manual.

Bagi prestasi sebenar, pengeluar kereta dari Sweden itu masih belum lagi mendedahkan sebarang data dan angka, tetapi Koenigsegg telah menjelaskan dengan jelas bahawa matlamat utama CC850 adalah untuk mencipta pemanduan terbaik berbanding memburu rekod kelajuan sama seperti model-model hypercar terkini.
Dikhabarkan, hanya 50 unit model CC850 yang akan dihasilkan sempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 pengasasnya.
Buat masa ini, harga jualan hanya akan diumumkan kelak.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP8406
SELANGOR
BST6492
JOHOR
JE1674J
PULAU PINANG
PSF5019
PERAK
APL4364
PAHANG
CFH7180
KEDAH
KGJ732
NEGERI SEMBILAN
NEL8145
KOTA KINABALU
SJU957
KUCHING
QAB5503P
Terakhir Kemas Kini 15 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera
Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.
10-09-2021
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat