Lebih 100 Projek Untuk Memajukan Sektor EV Negara Telah Diluluskan

Senator Datuk Lim Ban Hong (Foto: Bernama)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan bahawa sejumlah 111 projek berkaitan pembangunan ekosistem, pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) yang membabitkan jumlah pelaburan RM62.4 bilion telah diluluskan.
Timbalan Menterinya, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, ini adalah termasuk pemasangan dan pembuatan alat ganti, automasi dan lain-lain.
“Malaysia merupakan antara destinasi pilihan pelabur untuk membangunkan ekosistem EV,” ujarnya.
Volvo Car Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Sweden, misalnya, telah melabur dalam pemasangan EV di negara ini.

HQ Volvo (Foto: Glassdoor)
Selain itu, terdapat tiga syarikat Korea Selatan telah melabur dalam sektor sama di negara ini iaitu Samsung SDI Energy Malaysia (untuk mengeluarkan bateri EV), ljin Materials Co dan SK Nexilis, yang menghasilkan kerajang kuprum elektrodeposit untuk EV.

Samsung SDI (Foto: AP)
Lim Lip Eng (PH-Kepong) bertanya kepada kementerian mengenai syarikat Fortune 500 yang telah melabur dalam negara dan mengapa syarikat Tesla Inc milik Elon Musk tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Elon Musk (Foto: Fortune)
"Mengenai pelaburan Tesla, jika syarikat swasta memilih untuk melabur di Malaysia atau di destinasi lain, ia adalah keputusan komersial yang saya tidak mempunyai kapasiti untuk menjawabnya," kata Ban Hong.
Ujarnya, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk menarik pelabur terutamanya dalam sektor EV. Antaranya adalah dengan mewujudkan Pasukan Petugas EV untuk mengukuhkan ekosistem sektor, insentif cukai kepada pengeluar dan pengguna serta sokongan bukan fiskal kepada syarikat yang ingin menceburi pembangunan komponen kritikal.
“Kami juga telah menubuhkan beberapa pusat kecemerlangan seperti pusat reka bentuk dan akademi teknologi yang terletak di Rawang, Selangor, untuk meningkatkan keupayaan jurutera tempatan dalam penyelidikan dan pembangunan, pengujian dan pembangunan teknologi, terutamanya bagi menyokong ekosistem EV di negara kita,” katanya.
Tambahnya, piawaian berkaitan industri EV seperti sistem pengecasan, pelupusan bateri, pertukaran bateri dan lain-lain juga sedang dibangunkan bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan selamat dan teratur.
Sumber: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

