Pemandu Mabuk! Rempuh 7 Kereta, Bawa Lari Kereta Mangsa

Pemandu mabuk rempuh tujuh kenderaan (Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai)
Bila memandu tanpa fikiran yang waras, semua dirempuh! Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, sebuah pacuan empat roda telah melanggar bukan satu tetapi tujuh buah kereta! Tidak cukup dengan itu, dia turut melarikan sebuah kereta yang telah dilanggar sebelum ditahan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kulai Superitendan Tok Beng Yeow berkata, maklumat tentang kejadian tersebut diterima pihak polis pada jam 7.30 malam (8 Ogos) ketika anggotanya sedang melakukan rondaan.
Siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun yang membawa Toyota Hilux itu memandu di bawah pengaruh alkohol. Dia telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.
Suspek memandu trak tersebut dalam keadaan bahaya dari Johor Premium Outlet (JPO), Jalan Persiaran Indahpura dan merempuh lima kereta.
"Suspek kemudiannya memandu ke arah Lebuhraya Linkedua dan memasuki Lebuhraya Johor Bahru-Air Hitam sebelum merempuh bahagian belakang dua kereta.
"Selepas itu suspek berhenti di tetapi jalan sebelum bertindak melarikan sebuah Perodua Axia yang dirempuhnya dan menuju ke arah stesen minyak Petronas Saleng, Kulai.
"Tiada sebarang kecederaan dialami oleh suspek atau mangsa dalam kejadian itu.
"Ujian hembusan nafas dijalankan ke atasnya adalah positif alkohol, manakala hasil ujian saringan awal air kencing mendapatinya negatif dadah," katanya.
Beng Yeow berkata, Mahkamah Majistret Kulai membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis ini.
Pemandu mabuk rempuh tujuh kenderaan (Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai)
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun dan denda.
"Polis juga menjalankan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 454 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) dan disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun," katanya.
Agaknya, kalau masih tak ditahan, mungkin dia masih meneruskan ‘modus operandi’ gila sepanjang malam itu.
Sumber: Harian Metro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5408
SELANGOR
BST9876
JOHOR
JE7634J
PULAU PINANG
PSF8270
PERAK
APL7152
PAHANG
CFH8367
KEDAH
KGJ2490
NEGERI SEMBILAN
NEM670
KOTA KINABALU
SJU2779
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat