ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Perancis Bagi Hingga RM18K Ganjaran Tukar Kereta Kepada E-Bike

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perancis menggunakan strategi menarik untuk menggalakkan penggunaan basikal elektrik (Foto: Reuters/Benoit Tessie)

Idea inovatif dan efektif, itulah pujian yang boleh diberikan kepada pendekatan yang digunakan negara Perancis untuk menggalakkan rakyatnya menggunakan pengangkutan mesra alam sekitar. The Times melaporkan, negara tersebut menawarkan bayaran sehingga €4,000 (RM 18,002.80) kepada orang ramai yang menukarkan kenderaan mereka untuk membeli basikal elektrik (e-bike).


Tindakan yang penting demi kebahagiaan generasi akan datang

Jumlah subsidi yang diberikan untuk pembelian basikal biasa dan elektrik bergantung kepada pendapatan dan saiz keluarga. 

Bayaran dengan jumlah maksimum €4,000 itu diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di zon bandar dengan kadar emisi karbon rendah.

Subsidi sehingga €400 (RM 1,800.28) pula ditawarkan kepada sesiapa yang ingin membeli basikal elektrik baharu tetapi tidak bersedia untuk ditukarkan dengan kenderaan (boleh cemar alam sekitar) yang dimiliki.

Sesetengah bandar di Perancis sendiri turut menyediakan subsidi basikal elektrik misalnya Majlis Sosialis-Hijau Paris yang menyediakan sehingga €500 (RM 2,250.35) kepada mana-mana penduduk untuk pembelian basikal elektrik.

Subsidi yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu telah dinaikkan baru-baru ini selepas pegawai kerajaan negara tersebut melihat kepentingan untuk mengambil langkah lebih proaktif supaya dapat berdiri seiring dengan negara lain yang kini memiliki kadar penggunaan basikal tinggi seperti Belanda, Denmark dan Jerman. 

Kerajaan Perancis ingin meningkatkan kadar penukaran daripada kenderaan yang mencemarkan alam kepada yang mesra alam (Foto: AFP)

Kerajaan Perancis menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya sembilan peratus penukaran daripada kenderaan biasa kepada basikal menjelang tahun 2024 berbanding hanya tiga peratus yang berjaya dicapai sekarang. 

Model polisi ini sebenarnya diambil daripada program yang telah berjaya dijalankan di Lithuania. Negara tersebut memberikan subsidi sehingga  €1,000 (RM 4,500.70) kepada mana-mana rakyatnya (yang layak) untuk membeli mana-mana kenderaan elektrik sama ada basikal, skuter, moped, motosikal atau kredit penggunaan pengangkutan awam sebagai ganjaran kepada penukaran kenderaan lama mereka. 

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo (Foto: The Guardian/Ed Alcock)

Namun dalam pelaksanaan di Perancis, negara tersebut bukan hanya mengeluarkan belanja untuk insentif individu, kerana kerajaan ini turut melaburkan sejumlah €250 juta (RM 1,125.18 juta) untuk menjadikan bandarayanya lebih mesra basikal. Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, berjaya memenangi pilihan raya semula tahun lalu selepas berjanji akan menyediakan laluan selamat untuk basikal sejauh 130 km lagi dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Sumber: The Times, Electrek, The Verge

Baca: Boleh Bawa Basikal Naik Komuter

Baca: Bertembung Pihak Berkuasa Semasa Naik Kenderaan Mikromobiliti? Ini Yang Anda Akan Lalui

Baca: E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Tiga kategori kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) kini diharamkan.

27-04-2022

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.