- Berita
- Berita Auto
- Perodua Sumbang Lima Myvi Kepada PDRM Hulu Selangor, Kos Keseluruhan RM400K Termasuk Kos Penyelenggaraan
Perodua Sumbang Lima Myvi Kepada PDRM Hulu Selangor, Kos Keseluruhan RM400K Termasuk Kos Penyelenggaraan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyerahkan lima unit Myvi 1.5 Advance yang bernilai RM400,000 kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Selangor untuk digunakan sebagai kereta peronda di sekitar kawasan Hulu Selangor dan Gombak.
Anggaran keseluruhan nilai itu termasuk kos penyelenggaraan selama dua tahun yang disumbangkan Perodua.
Kelima-lima Perodua Myvi yang dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu strob akan digunakan di cawangan pengangkutan Hulu Selangor dan Ibu Pejabat Daerah Gombak.
Perodua Myvi tersebut didatangkan dengan warna badan perak dan pelekat berwarna biru, kuning dan hijau pada bahagian sisi badan bersama pelekat logo Perodua yang diletakkan di depan, sisi dan belakang.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, kenderaan peronda polis Myvi itu adalah sebahagaian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua.
“Kelima-lima Myvi ini akan digunakan untuk tujuan pencegahan jenayah dan rondaan. Kenderaan ini akan diselenggara oleh Perodua selama dua tahun secara percuma,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kereta Perodua kepada PDRM Hulu Selangor.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya berbesar hati atas sumbangan lima buah kereta Myvi daripada pihak Perodua.
Kelima-lima unit itu akan diserahkan kepada Balai Polis Serendah, Rasa dan Ulu Yam Bahru, manakala dua unit lagi akan disumbangkan kepada cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor serta IPD Gombak.

“Kenderaan ini akan digunakan bagi tugasan pencegahan jenayah dan rondaan selain mendekati masyarakat dalam usaha membanteras jenayah," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Perodua oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin kepada Polis Kontinjen Selangor di Auditorium Perodua Akademi, Rawang.

Model berkenaan merupakan versi yang dilancarkan tahun lalu dan merupakan varian tertinggi AV yang menggunakan enjin 1.5 liter berkuasa 102hp dan tork maksima 136Nm, bersama transmisi kotak gear 4-kelajuan automatik.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
