ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Sumbang Lima Myvi Kepada PDRM Hulu Selangor, Kos Keseluruhan RM400K Termasuk Kos Penyelenggaraan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyerahkan lima unit Myvi  1.5 Advance  yang bernilai RM400,000 kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)  Hulu Selangor untuk digunakan sebagai kereta peronda di sekitar kawasan Hulu Selangor dan Gombak.

Anggaran keseluruhan nilai itu termasuk kos penyelenggaraan selama dua tahun yang disumbangkan Perodua.

Kelima-lima Perodua Myvi  yang  dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu strob akan digunakan di cawangan pengangkutan Hulu Selangor dan Ibu Pejabat Daerah Gombak.

Perodua Myvi tersebut didatangkan dengan warna badan perak dan pelekat berwarna biru, kuning dan hijau pada bahagian sisi badan bersama pelekat logo Perodua yang diletakkan di depan, sisi dan belakang.


Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata,  kenderaan peronda polis Myvi itu adalah sebahagaian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perodua.

“Kelima-lima Myvi ini akan digunakan untuk tujuan pencegahan jenayah dan rondaan. Kenderaan ini akan diselenggara oleh Perodua selama dua tahun secara percuma,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kereta Perodua kepada PDRM Hulu Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya berbesar hati atas sumbangan lima buah kereta Myvi daripada pihak Perodua.

Kelima-lima unit itu akan diserahkan kepada Balai Polis Serendah, Rasa dan Ulu Yam Bahru,  manakala dua unit lagi akan disumbangkan kepada cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor serta IPD Gombak.


“Kenderaan ini akan digunakan bagi tugasan pencegahan jenayah dan rondaan selain mendekati masyarakat dalam usaha membanteras jenayah," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Perodua oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin kepada Polis Kontinjen Selangor di Auditorium Perodua Akademi, Rawang.


Model berkenaan merupakan versi yang dilancarkan tahun lalu dan merupakan varian tertinggi AV yang menggunakan enjin 1.5 liter berkuasa 102hp dan tork maksima 136Nm, bersama transmisi kotak gear 4-kelajuan automatik.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9073

SELANGOR

BSU4086

JOHOR

JF6941J

PULAU PINANG

PSG4245

PERAK

APM2413

PAHANG

CFJ1132

KEDAH

KGJ4650

NEGERI SEMBILAN

NEM2780

KOTA KINABALU

SJU5480

KUCHING

QAB7531P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.