Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)
![]()
Bersempena dengan bulan kemerdekaan, untuk artikel kali ini jom kita kenal dengan lebih dekat satu lagi jenama kebanggaan negara Malaysia, Perodua.
Sebelum ini, admin pernah kongsikan sejarah pengeluar kereta pertama Malaysia, Proton, kalau belum baca, boleh klik artikel ini: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
Perodua ataupun singkatan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar ‘kedua’ negara kita, seperti yang disebut dalam namanya, selepas Proton. Sehingga 31 Disember 2021 sejak awal penubuhannya, syarikat ini telah berjaya menjual lebih empat juta unit kenderaan!

Ditubuhkan pada tahun 1993, misi Perodua adalah untuk menghasilkan kenderaan mampu milik yang berkualiti tinggi dan mencapai standard global. Ini terbukti apabila produk-produk yang dikeluarkan syarikat menerima permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia. Cuba kira berapa biji Perodua anda akan terjumpa setiap kali keluar rumah?
KENAPA RAKYAT MALAYSIA SUKA GUNA PERODUA?
Banyak sebab kenapa jenama ini menjadi pilihan ramai. Berikut adalah antara sebabnya:
#1 Harga mampu milik
Ini menjadi kriteria penting bagi rakyat Malaysia. Sebagai jenama keluaran tempatan, kos penghasilan dan logistiknya juga tidak setinggi kereta-kereta import lain. Yang menambahkan keistimewaan Perodua, walaupun murah, kualitinya juga tidak mengecewakan (lihat poin seterusnya).
#2 Berkualti tinggi dan tahan lasak
Untuk pengetahuan pembaca, Perodua menggunakan teknologi daripada Daihatsu/Toyota. Seperti yang kita tahu, kualiti teknologi Jepun bukanlah sesuatu yang boleh disangkal lagi. Dalam penghasilan kereta Perodua, khidmat nasihat daripada syarikat Jepun ini dimanfaatkan sepenuhnya.
#3 Alat ganti mudah didapati
Alat ganti Perodua cukup mudah untuk didapati, lebih-lebih lagi kerana kereta-kereta keluaran jenama ini juga boleh disesuaikan dengan kereta Toyota atau Daihatsu. Tak cukup dengan itu, platform jual beli dalam talian juga banyak menawarkan alat ganti Perodua.
#4 Mudah dijaga
Kata mat saleh, reliable, atau dalam bahasa Melayunya, mudah dijaga, tak menimbulkan banyak isu. Sudahlah murah untuk dibeli, jimat juga dari segi penyelenggaraan. Lebih-lebih lagi dengan alat gantinya yang mudah didapati, ini menjadikan kos pembaikannya (sekiranya rosak) tidak mahal.
#5 Perkhidmatan selepas jualan yang mantap
Perkhidmatan selepas jualan adalah salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kenderaan. Perodua terbukti tidak mengecewakan dalam aspek ini.
#6 Nilai jualan semula yang tinggi
Dengan kesemua kelebihan yang dinyatakan, tidak pelik kenapa Perodua terlalu laku, dan ini termasuklah sebagai sebuah kereta terpakai. Tak percaya? Baca artikel ini: Senarai Model Kereta Tak Jatuh Harga (spoiler: dikuasai oleh Perodua).
PRODUK PERTAMA: PERODUA KANCIL

Produk pertama Perodua dikeluarkan pada bulan Ogos 1994. Sebuah kereta yang dinamakan Perodua Kancil dirasmikan pada harga RM24,800. Sebagai bukti ketahanan produk Perodua, sehingga kini, masih ada lagi Perodua Kancil yang dapat dilihat meluncur di jalan raya.

Secara keseluruhannya, sekitar 14,000 unit Kancil dieksport ke 19 buah negara termasuk Mauritius, Sri Lanka, United Kingdom dan Brunei
Tahukah anda? Pada bulan September 1997, Perodua telah mengeksport Perodua Kancil ke United Kingdom. Di sana, model ini dikenali sebagai Perodua Nippa. Ketika itu, model ini ialah kereta termurah yang ditawarkan di negara tersebut.
PRODUK TERLARIS: PERODUA MYVI
Jenama Perodua juga terkenal sebagai ‘ibu’ kepada ‘king’ Malaysia, Perodua Myvi. Pada tahun 2005, kereta hatchback segmen B ini dilancarkan. Siapa sangka, setelah hampir 20 tahun, Myvi masih menjadi buah mulut ramai dan kekal laris sehingga kini.

[TULAR] King Myvi Kini Jadi Kereta Peronda Polis?
BAGAIMANA KING MYVI MENDAPAT NAMANYA?
Apa sebenarnya maksud Myvi? Ada maksud ke? Atau sekadar nama fancy yang direka? Untuk pengetahuan semua, “Myvi” merupakan singkatan kepada perkataan “My Vehicle,” “My Vision” dan “Malaysian Vision.”
Berdasarkan laman web Daihatsu, Myvi dihasilkan untuk menjadi sebuah kereta yang seronok dipandu dan memberikan rasa bangga kepada pemiliknya. Hmm… kedengaran tepat sekali. Ramai anak muda bangga dan seronok dengan Myvi yang dimiliki, lihat sahaja berapa ramai yang suka mempercantik Myvi masing-masing melalui pelbagai modifikasi.
EVOLUSI PERODUA MYVI
PERODUA MYVI GENERASI PERTAMA
PERODUA MYVI 2005

Seperti yang dikatakan tadi, model ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2005. Generasi pertama Myvi ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 1.0L tiga silinder EJ-VE dan juga enjin 1.3L empat silinder K3-VE.
Bagi varian 1.0L hanya transmisi manual yang ditawarkan, sementara itu varian 1.3L pula terdapat dalam versi transmisi manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan.
FACELIFT 2008

Versi facelift Perodua Myvi generasi pertama hadir tiga tahun selepas pelancarannya iaitu pada 22 Ogos 2008. Perubahan dapat dilihat pada sudut depannya yang kelihatan lebih agresif. Dari segi hiburan, pemain audio Myvi kali ini boleh membaca fail WMA dan MP3.
Versi Premiumnya pula hadir dengan sambungan USB dan bluetooth. Pada 10 Oktober 2008, Myvi SE dilancarkan dengan beberapa ciri baharu termasuklah kit badan penuh serta spoiler wing pada bahagian belakang.
PERODUA MYVI GENERASI KEDUA
PERODUA MYVI 2011

Myvi generasi kedua atau yang diberi gelaran sebagai “Myvi Lagi Best” dilancarkan pada 16 Jun 2011. Versi 1.3L ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Premium dan Elegance, sementara versi 1.5L ditawarkan dalam dua varian iaitu Special Edition dan Extreme.
Versi 1.5L yang ditawarkan membuktikan kuasa sebenar yang mampu dicapai oleh sebuah kereta berbadan sekecil ini. Ciri menarik lain pada keluaran 2011 ialah tombol gear yang dialihkan kepada papan pemuka. Pada varian Elegance, terdapat sistem navigasi DVD berskrin penuh 6 inci.
Kesemua varian hadir dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Versi terlaris ketika ini ialah Myvi SE kuning.
FACELIFT 2015

Beberapa tahun kemudian, versi facelift bagi generasi kedua dilancarkan. Myvi 2015 mengekalkan banyak reka bentuk sama dengan keluaran tahun 2011, tetapi tampil lebih menawan dan hadir dengan beberapa ciri standard tambahan.
Ketika ini, Perodua mula menyediakan kunci yang apabila ditekan sekali, hanya akan membuka pintu di bahagian pemandu, dan perlu ditekan dua kali untuk membuka kesemua pintu. Ciri keselamatan yang pada pendapat penulis, cukup penting terutamanya bagi pemandu wanita yang berseorangan.
Terdapat juga beberapa perubahan di bahagian dalam kereta misalnya pemasangan paparan pelbagai info yang kini hadir dengan maklumat servis kereta.
PERODUA MYVI GENERASI KETIGA
PERODUA MYVI 2018

Pada penghujung tahun 2017, Perodua memperkenalkan Myvi generasi ketiga. Buat pertama kalinya, Myvi direka sepenuhnya secara tempatan tanpa dipengaruhi oleh Daihatsu Boon/Toyota Passo seperti dua generasi sebelum ini.
Datuk Aminar Rashid Salleh, yang merupakan CEO Perodua ketika itu, berkata, “Myvi serba baharu ini ialah model Perodua pertama yang direka secara tempatan sepenuhnya, tanpa pengaruh asing. Membuktikan keyakinan rakan kongsi teknologi kami, Daihatsu, terhadap kebolehan Perodua. Ia juga membolehkan kereta itu disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak yang unik kepada rakyat Malaysia.”
Versi ini dilengkapkan dengan teknologi yang sebelum ini hanya ditawarkan pada kereta premium. Selain itu, Myvi 2018 juga mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian keselamatan di mana ia memperoleh penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.
FACELIFT 2022

Pada 18 November 2021, Perodua melancarkan Myvi versi facelift, empat tahun selepas generasi ketiga diperkenalkan.
Untuk keluaran kali ini, kesemua varian menggunakan transmisi automatik Dwi-mod CVT (DCVT) menggantikan transmisi automatik empat kelajuan yang terdapat pada model sebelum ini. Perodua juga telah menghentikan pengeluaran 1.3L versi manual kerana prestasi jualan yang tidak begitu memberangsangkan.
Menggunakan transmisi terbaharu, kadar penggunaan bahan api kali ini adalah lebih baik iaitu daripada 21.1km/liter kepada 22.2km/liter bagi varian 1.3.
Untuk maklumat terperinci mengenai Myvi 2022, boleh klik artikel ini: Perodua Myvi Yang Dinantikan Ramai Telah Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM45,700
JENAMA KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA
Dari satu generasi ke satu generasi, Perodua tidak pernah mengecewakan rakyat Malaysia. Harga yang murah tidak semestinya tidak berkualiti, pelbagai ciri premium yang ditawarkan pada sesebuah kereta Perodua namun harganya tetap mesra rakyat.
![]()
Perodua menghadiahkan kereta berkualiti premium pada harga marhaen (Foto: Perodua)
Semoga Perodua terus melakukan inovasi dan dapat menghadiahkan yang terbaik buat rakyat Malaysia. Selamat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-65!
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY7918
SELANGOR
BSK1383
JOHOR
JYK9434
PULAU PINANG
PRV6170
PERAK
APC4637
PAHANG
CFE1418
KEDAH
KGC9560
NEGERI SEMBILAN
NEH5860
KOTA KINABALU
SJN6348
KUCHING
QAB5029M
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.65
+0.05
RON 97
RM 3.25
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.07
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.27
+0.05
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2025
Berita Berkaitan
SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini
Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.
11-11-2025
Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.
03-11-2025
Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.
31-10-2025
Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950
Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go.
15-10-2025
P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App
PERODUA melancarkan P-Circle yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi super bagi memperkukuh konsep 'Mobility as a Service' (MaaS).
14-10-2025
EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K
Perodua akhirnya mengesahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertamanya bakal dilancarkan pada Disember ini.
14-10-2025
EV Termurah Malaysia, Proton e.MAS 5, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM60-80K, Mampukah Saingi EV Pertama Perodua Nanti?
Tempahan Proton e.MAS 5 sudah dibuka sejak semalam.
05-10-2025
Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta
Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.
12-09-2025
Berita Terkini
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.
13-11-2025
BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD
BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?
13-11-2025
Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru
Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.
12-11-2025
Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta
Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.
12-11-2025
Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT
MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.
12-11-2025
Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026
Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.
12-11-2025
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.
12-11-2025
Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan
Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.
11-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat