- Berita
- Berita Auto
- Statistik PDRM: Purata 2 Remaja Bawah Umur Maut Setiap Hari, Akibat Menunggang, Memandu Tanpa Lesen
Statistik PDRM: Purata 2 Remaja Bawah Umur Maut Setiap Hari, Akibat Menunggang, Memandu Tanpa Lesen

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mendedahkan statistik kemalangan jalan raya antara bulan Januari hingga Mac tahun ini. Data tersebut menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dua remaja bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen maut atau mengalami kecederaan serius setiap hari selepas terbabit dalam kemalangan, lapor The Star.
Sejumlah 157 kemalangan motosikal dan 623 kemalangan kereta membabitkan remaja bawah umur telah dilaporkan. Daripada kesemua kes yang dicatatkan, 30 yang terbunuh merupakan remaja bawah umur 16 tahun, manakala sembilan lagi bawah umur 18 tahun.
Statistik kemalangan yang terperinci adalah seperti yang dipaparkan di bawah:

Data kemalangan dari Jan-Mac 2022 membabitkan remaja bawah umur tanpa lesen yang didedahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (Grafik: The Star)
The Star turut melaporkan, bahawa dari tahun 2018 hingga bulan Mac tahun ini, sejumlah 8,484 kemalangan yang berlaku adalah membabitkan remaja yang memandu atau menunggang tanpa lesen dan 2,617 daripadanya merupakan kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan yang parah.

Turut didedahkan, sebanyak 444,922 yang dikeluarkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun (2018-Mac 2022) adalah membabitkan pemandu bawah umur. Untuk tiga bulan pertama tahun ini pula 15,424 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal bawah umur 16 tahun serta kepada individu yang membenarkan kenderaan mereka digunakan remaja tersebut, manakala 8,601 saman pula dikeluarkan kepada pemandu kereta bawah 18 tahun.
Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Dr Wong Shaw Woon menekankan, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengawasi dan mendidik anak-anak mereka tentang bahaya memandu di bawah umur yang sepatutnya.

Tegasnya, seseorang pengguna jalan raya bukan hanya perlu bersedia secara fizikal tetapi juga secara mental.
“Kecerdasan atau kematangan mental penting supaya seseorang dapat membuat pertimbangan yang betul, bertindak balas dengan pantas dan ada sikap bertanggungjawab atas tindakan yang diambil,” jelasnya.
Sumber: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung
Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.
03-02-2026
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut
Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.
27-01-2026
Motosikal Gesel, Remaja Maut
Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).
26-01-2026
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung
Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.
19-01-2026
Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler
Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.
12-01-2026
Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi
Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.
29-12-2025
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

