ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Statistik PDRM: Purata 2 Remaja Bawah Umur Maut Setiap Hari, Akibat Menunggang, Memandu Tanpa Lesen

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mendedahkan statistik kemalangan jalan raya antara bulan Januari hingga Mac tahun ini. Data tersebut menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dua remaja bawah umur yang memandu atau menunggang tanpa lesen maut atau mengalami kecederaan serius setiap hari selepas terbabit dalam kemalangan, lapor The Star. 


Sejumlah 157 kemalangan motosikal dan 623 kemalangan kereta membabitkan remaja bawah umur telah dilaporkan. Daripada kesemua kes yang dicatatkan, 30 yang terbunuh merupakan remaja bawah umur 16 tahun, manakala sembilan lagi bawah umur 18 tahun.


Statistik kemalangan yang terperinci adalah seperti yang dipaparkan di bawah:



Data kemalangan dari Jan-Mac 2022 membabitkan remaja bawah umur tanpa lesen yang didedahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (Grafik: The Star)

The Star turut melaporkan, bahawa dari tahun 2018 hingga bulan Mac tahun ini, sejumlah  8,484 kemalangan yang berlaku adalah membabitkan remaja yang memandu atau menunggang tanpa lesen dan 2,617 daripadanya merupakan kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan yang parah. 


Turut didedahkan, sebanyak 444,922 yang dikeluarkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun (2018-Mac 2022) adalah membabitkan pemandu bawah umur. Untuk tiga bulan pertama tahun ini pula 15,424 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal bawah umur 16 tahun serta kepada individu yang membenarkan kenderaan mereka digunakan remaja tersebut, manakala 8,601 saman pula dikeluarkan kepada pemandu kereta bawah 18 tahun. 

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Dr Wong Shaw Woon menekankan, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengawasi dan mendidik anak-anak mereka tentang bahaya memandu di bawah umur yang sepatutnya.


Tegasnya, seseorang pengguna jalan raya bukan hanya perlu bersedia secara fizikal tetapi juga secara mental.

“Kecerdasan atau kematangan mental penting supaya seseorang dapat membuat  pertimbangan yang betul, bertindak balas dengan pantas dan ada sikap bertanggungjawab atas tindakan yang diambil,” jelasnya.

Sumber: The Star

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL6097

SELANGOR

BSS9221

JOHOR

JC6216J

PULAU PINANG

PSE8104

PERAK

APK7510

PAHANG

CFH4829

KEDAH

KGH6147

NEGERI SEMBILAN

NEL4834

KOTA KINABALU

SJT5920

KUCHING

QAB4199P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut

Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan.

13-07-2022
Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022
Berita Auto

Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan

Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas.

16-11-2021
Berita Auto

Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah

Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux.

26-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.

19-08-2026
Berita Auto

Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera

Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.

19-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026
Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit

Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.

18-08-2026
Berita Auto

RXZ Members Minta LPT Tutup Seketika?

Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT.

18-08-2026
Berita Auto

Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai

Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.

18-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.