Tesla Beli Nikel Dari Indonesia, Tandatangan Kontrak Bernilai RM 22.28 Bilion

Barisan kereta Tesla yang diletakkan di tapak kilang baharu, Tesla Gigafactory, Jerman (Foto: Reuters)
Pengeluar kereta elektrik, Tesla, telah menandatangan kontrak bernilai USD 5 bilion (RM 22.28 bilion) bagi pembelian material penghasilan bateri dengan syarikat pemprosesan nikel Indonesia, menteri kabinet kanan berkata kepada CNBC Indonesia.
Ekonomi terbesar Asia Tenggara sebelum ini dilaporkan berusaha untuk meyakinkan Tesla agar membangunkan fasiliti pengeluaran di negara tersebut yang memiliki bekalan nikel antara terbesar di dunia. Awal tahun ini, Presiden Joko Widodo dilaporkan telah bertemu dengan Elon Musk untuk berbincang mengenai perancangan pelaburan Tesla di Indonesia.
Pertemuan antara Perdana Menteri Indonesia, Jokowi, dan CEO Tesla, Elon Musk pada 14 Mei, 2022 lalu
(Foto: The Jakarta Post)
“Kami masih melakukan rundingan berterusan dengan Tesla… tetapi mereka sudah pun mula membeli dua produk terbaik daripada Indonesia,” Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan berkata dalam satu temubual yang disiarkan pada hari Isnin.
Katanya, Tesla telah menandatangai kontrak lima tahun dengan syarikat pemprosesan nikel yang berpangkalan di Morowali, Pulau Sulawesi. Nikel tersebut akan digunakan untuk menghasilkan bateri litium Tesla.

Bijih nikel (Foto: Wikipedia)
Indonesia berminat untuk membangunkan industri kenderaan elektrik dan bateri di negara mereka sendiri. Sebagai salah satu langkah untuk merealisasikan misi ini, Indonesia telah berhenti mengeksport bijih nikel demi menjamin bekalan yang mencukupi kepada pelabur. Langkah itu telah berjaya menarik pelaburan daripada syarikat gergasi luar negara seperti China dan Korea Selatan iaitu LG dan Hyundai.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga merancang untuk mengenakan cukai eksport ke atas logam ini bagi meningkatkan hasil negara di samping menggalakkan lebih banyak pengeluaran domestik produk bernilai tinggi, kata seorang pegawai kanan kepada Reuters minggu lalu.
Baca: Tesla Dituduh Kelirukan Orang Ramai Dengan Iklan Ciri Autopilot Kereta Yang Salah
Baca: Indonesia 'Goda' Tesla Dengan Kemampuan Tenaga Hijau
Sumber: Reuters
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



