Trak Elektrik Tesla Dengan Jarak Hampir 1000KM Akan Mula Dihantar Tahun Ini

Tesla Semi Truck (Foto: Tesla)
Setelah lebih daripada empat tahun Tesla Semi Truck diperkenalkan, akhirnya, CEO syarikat kenderaan elektrik terkenal dunia, Elon Musk membuat pengumuman di Twitter bahawa penghantaran pertama model ini akan bermula pada tahun ini.
Tesla Semi Truck (Foto: Tesla)
Tesla Semi Truck yang didedahkan kepada umum pada bulan November 2017 ini, direka untuk perjalanan jarak jauh dengan kemampuan pecutan dari 0-60 batu/jam (0-96.56 km/j) dalam masa hanya 20 saat dengan beban penuh. Lebih pantas daripada kebanyakan trak diesel biasa.
Tesla Semi Truck (Foto: Tesla)
Jarak perjalanan yang mampu dicapai Tesla Semi Trak ialah 500 batu atau 804.67 km dengan cas penuh, dua kali ganda lebih jauh daripada trak dengan kemampuan perjalanan jarak jauh yang kini ditawarkan dalam pasaran, Daimler eCascadia yang mampu mencapai jarak 370.15 km.
Tesla Semi Truck (Foto: Tesla)
Menurut Tesla, trak elektrik ini juga lebih murah untuk digunakan berbanding trak diesel. Berdasarkan anggaran syarikat, kos yang perlu dikeluarkan hanyalah USD 1.26 (RM 5.61) untuk 1 batu (1.61 km) berbanding trak diesel dengan kos USD 1.51 (RM 6.73).
Sejak tempahan dibuka pada tahun 2017, Tesla telah menerima permintaan yang tinggi daripada syarikat seperti UPS, Walmart dan PepsiCo. Deposit asal yang dikenakan untuk satu tempahan iaitu USD 5,000 (RM 22,274.77) dinaikkan kepada USD 20,000 (RM 89,099.08) selepas pendedahan terperinci model ini dibuat pada November 2017.
Video pendedahan Tesla Semi Truck pada November 2017:
Tesla masih belum mengumumkan bilangan trak yang akan dikeluarkan. Mengenai harga sebenarnya pula, ia dijangka akan dijual dari USD 150,000 ke USD 180,000 (RM 668,243.11 - RM 801,891.73).
Sumber: BBC Top Gear, Not a Tesla App
Baca: Tesla Beli Nikel Dari Indonesia, Tandatangan Kontrak Bernilai RM 22.28 Bilion
Baca: Tesla Gunakan Platform Steam Untuk Permainan Video Dalam Kereta, Integrasi Hampir Jadi Realiti
Baca: Tesla Dituduh Kelirukan Orang Ramai Dengan Iklan Ciri Autopilot Kereta Yang Salah
Baca: Ini Berita Terbaharu Tentang Tesla Cybertruck – Upgrade Rekaan, Pemasangan Di Texas
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1869
SELANGOR
BSS7356
JOHOR
JC4347J
PULAU PINANG
PSE6972
PERAK
APK6650
PAHANG
CFH4526
KEDAH
KGH5491
NEGERI SEMBILAN
NEL4381
KOTA KINABALU
SJT5404
KUCHING
QAB4036P
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat