Ada Pihak Jual Kad NFC TnG Lebih 5 Kali Ganda

Ada pihak jual TnG pada harga yang terlalu mahal.
Percaya atau tidak, ada pihak menjual sekeping kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) lebih lima kali ganda secara dalam talian.
Buat masa ini, kad itu dijual pada harga RM10 namun tiada sebarang kredit di dalamnya.
Kegiatan kaut untung atas angin ini dikesan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Perkara itu terbongkar selepas orang ramai merungut kerana sukar mendapatkan kad berkenaan.
Rata-rata pengguna mendakwa mereka sukar mendapatkan kad itu di stesen minyak.

Pengguna dakwa mereka sukar mendapatkan kad itu di stesen minyak.
Bagaimanapun, selepas siasatan rupa-rupanya ada pihak menjual kad itu pada harga yang cukup mahal iaitu lima kali ganda berbanding harga asal.

ALEXANDER
“Kami menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC selain mengesan 13 iklan jualan membabitkan beberapa platform dalam talian bagi tempoh April hingga 25 September lalu,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG, yang dijangka berlangsung minggu ini.
Difahamkan, pertemuan berkenaan bertujuan untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna.
Jika ada mempunyai sebarang berhubung isu sama, anda boleh hubungi Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP di WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000; Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; Emel [email protected] dan Ez ADU KPDNHEP.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat