Audi RS Q8, Harga Bermula RM1.7 Juta

Audi RS Q8 kini dijual di Malaysia.
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) super Audi RS Q8 yang ditawarkan pada harga RM1.7 juta.
Jentera ini yang selamat mendarat di Malaysia dikatakan hadir dengan elemen sebuah coupe premium dan fleksibiliti sebuah SUV.
Melihat pada harganya, sudah pasti anda dapat merasakan ngaumannya.

Pandangan hadapan.
Apa tidaknya jentera ini dikatakan mampu menghamburkan kuasa 600PS dan tork 800Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.8 saat.
Di saat menulis artikel ini, penulis sudah dapat merasakan auranya yang mampu berdesup daripada pandangan kita.
Untuk info, jentera ini pernah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi SUV terpantas di litar Nürburgring untuk dua tahun berturut-turut.
-full_normal.jpg)
Pandangan belakang.
Salah satunya kerana jentera ini dipadankan dengan enjin 4.0 liter biturbo V8 TFSI dan kuasa enjin itu disalurkan ke sistem pacuan semua roda sepenuh masa quattro menerusi kotak gear lapan kelajuan standard.
Selain itu, sistem suspensi udara adaptif sport khusus untuk RS dengan kawalan redaman bermaksud RS mampu menawarkan prestasi yang sama di litar lumba atau laluan off-road.
Talaan peredam khas RS menawarkan tetapan yang luas di antara tetapan ke arah keselesaan dan dikatakan sangat sporty.
-full_normal.jpg)
Sterengnya ada logo Audi.
Maka tidak hairanlah mengapa ia mampu melakar kejayaan secara berturut-turut.
Lagipun, dikatakan jentera ini berupaya mencapai pecutan tertinggi 305km/j.

Rim aluminium bersaiz 23 inci.
Berikut info ringkas mengenai Audi RS Q8:
Luaran:
• Lampu utama RD HD Matrix LED didatangkan dengan lampu nyalaan siang tiga dimensi signatur bersama karekter digital yang sama seperti lampu belakang LED.
• Satu jalur lampu dengan latar permukaan hitam berkilat seperti lampu belakang membuatkan penampilannya semakin garang.
• Lampu utama RS Matrix LED, lampu belakang dan lampu isyarat membelok dinamik diserlahkan menerusi animasi RS apabila kereta dikunci dan dibuka.

Bahagian pemandu.
Dalaman:
• Ada MMI Touch response
• Kokpit Audi secara maya
• Paparan head up ada grafik khas RS
• Ruang but 1,755 liter
• Tempat duduk sports RS hadir dengan balutan kulit Valcona
-full_normal.jpg)
Ruang but yang cukup luas.
Audi RS Q8 didatangkan dalam sembilan pilihan warna: satu kemasan cat solid dan lapan warna metalik atau efek Mutiara.
Audi RS Q8 ini turut hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Jika anda berminat dengan jentera mewah ini, anda boleh membuat tempahan di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie, Shah Alam dan Juru, Pulau Pinang.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD5430
SELANGOR
BSR1317
JOHOR
JYB3196
PULAU PINANG
PSD3055
PERAK
APJ4009
PAHANG
CFG8592
KEDAH
KGG6483
NEGERI SEMBILAN
NEK7295
KOTA KINABALU
SJS5329
KUCHING
QAB503P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat