Berang BMW Dilanggar, Lelaki Tembak Mati 3 Remaja, Bakar Motosikal

Pakar forensik mengumpulkan bukti di lokasi kejadian (Foto: Pasukan Penyelamat Pracharuamja, daerah Khao Phanom)
Apabila kemarahan menguasai diri, bunuh ialah solusi yang dipilih lelaki ini. Dalam kejadian yang berlaku di selatan Thailand, seorang lelaki bertindak menembak mati tiga pelajar sekolah menengah selepas kereta BMW miliknya dikatakan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki oleh remaja bernasib malang terbabit.
APA YANG BERLAKU KEPADA BMWNYA?
Tidak padan dengan situasi, selepas berlanggar dengan motosikal yang menyebabkan cermin depan keretanya pecah, lelaki tersebut, Theerasak Boonruang, keluar dari kereta dan menembak ketiga-tiga remaja yang berusia 18 tahun itu sebelum membakar motosikal tersebut. Selepas melakukan tindakan ‘gila’ ini, dia melarikan diri.

Mangsa tembak ditemukan tidak bernyawa
Pihak berkuasa yang menerima laporan mengenai kejadian di Jalan Khao Phanom-Thung Yai, dekat daerah Khao Phanom, pada jam 1.29 pagi, Selasa, bergegas ke lokasi. Setibanya mereka di sana, pihak polis menemui kesemua pelajar terbabit, seorang lelaki dan dua perempuan yang terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di atas rumput di tepi jalan.
Mangsa lelaki, Nonthaphan, manakala mangsa perempuan dikenali sebagai Natnicha dan Panthira. Kesemuanya ditemukan dengan kesan tembakan. Nonthaphan di bahagian wajah dan dua perempuan tersebut di bahagian belakang badan.
PENAHANAN SUSPEK
Pihak polis turut menemui bahagian kereta yang tertanggal dan rosak selepas dilanggar selain kelongsong peluru daripada senapang patah.
Siasatan membawa polis ke sebuah kedai tayar kereta yang diuruskan oleh suspek di Pheru Tiew daerah Khao Phanom. Di sini, mereka berjaya menemui kereta BMW tersebut.
Polis mengarahkan lelaki yang berusia 42 tahun itu untuk menyerah diri namun dia cuba melarikan diri melalui pintu tepi kedai sebelum mengambil keputusan untuk menyerah diri.

Theerasak Boonruang, 42, berjaya diberkas (Foto: FB Polis Krabi)
Hasil soal jawab dengan pihak polis mendedahkan, suspek tidak mengenali mangsa atau bertengkar sebelum kejadian, tetapi ketika itu dia berada di bawah pengaruh dadah methamphetamine.
Senapang yang digunakan untuk menembak remaja tersebut kemudiannya ditemukan di bilik suspek.
Lelaki tersebut kini berdepan dengan pertuduhan membunuh tahap pertama.
Sumber: Thai PBS World, Bangkok Post
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut
Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan.
13-07-2022
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas.
16-11-2021
Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah
Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux.
26-04-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
