Chery Amal Pendekatan User- Centric

Barisan model Chery.
Demi kepuasan para pelanggan, syarikat pengeluar kenderaan dari China, Chery kini mengamalkan kaedah pengurusan penyelidikan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) untuk memastikan sejauh mana perkhidmatannya memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Untuk info anda, Chery juga berhasrat untuk mengamalkan pendekatan ‘user-centric’ global untuk pasaran Malaysia.
“Malah, berdasarkan persediaan pra-selidik serta pelaksanaan dan penambahbaikan berterusan, kami mahu mendekati para pelanggan dengan lebih mendalam dengan memahami gaya hidup, keperluan dan kehendak mereka secara menyeluruh.
“Tindakan ini dilihat dapat meningkatkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan kesetiaan para pelanggan,” kata Chery dalam satu kenyataan.
Lebih menarik, Chery juga telah membangunkan saluran perkhidmatan atas talian bagi membolehkan tindakbalas dan penyelesaian yang cepat.
Platform data OTA (over-the-air) bukan sahaja boleh mengesan kenderaan secara bijak dari jauh, malah menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian dalam cloud.
Bukan itu sahaja, aplikasi mudah alih global yang beroperasi 24 jam juga membolehkan respons pantas kepada isu pelanggan.

Chery berazam untuk memberi servis selepas jualan yang terbaik kepada para pelanggannya.
Antaranya seperti memberi maklum balas kepada setiap pertanyaan atau masalah pelanggan di media sosial.
Nampaknya usaha Chery tidak sia-sia kerana terlalu mengutamakan kepuasan para pelanggannya.
Perkara ini jelas terbukti apabila pada Julai lalu, JD Power telah mengeluarkan keputusan 2022 China Sales Service Satisfaction Study (SSI) dimana Chery sekali lagi menduduki tempat kedua dari segi kepuasan jualan dalam kalangan jenama di China.
Bulan berikutnya, dalam Laporan Tinjauan Indeks Daya Tarik Kereta Baharu JD Power 2022, Chery meningkat sebanyak lapan tempat untuk menduduki tempat ke-15 dalam kalangan jenama arus perdana, dengan Arrizo 6 Pro memenangi kategori sedan bersaiz sederhana dan Tiggo 8 Pro Max menduduki tempat kedua pada segmen SUV saiz pertengahan.
Untuk itu, Chery berazam untuk membina dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia melalui penyelidikan pasaran yang menyeluruh.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9385
SELANGOR
BST4705
JOHOR
JD6472J
PULAU PINANG
PSF3445
PERAK
APL2673
PAHANG
CFH6337
KEDAH
KGH8774
NEGERI SEMBILAN
NEL7048
KOTA KINABALU
SJT9135
KUCHING
QAB5215P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah
JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.
04-09-2026
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta
Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.
04-09-2026
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
