Ford Everest 2022, Harga Bermula RM263,888, Ada 3 Varian

Ford Everest 2022 dilancarkan pagi tadi.
Selepas beberapa teaser yang disiarkan dalam bentuk gambar dan video akhirnya, Sime Darby Auto Connexxion (SDAC) melancarkan Ford Everest serba baharu pagi tadi.
Ia yang hadir dalam tiga varian, 2WD Sport, 4WD Trend dan Titanium ditawarkan pada harga:
• Next Gen Everest Sport : RM263,888
• Next Gen Everest Trend: RM281,888
• Next Gen Everest Titanium: RM308,888
-full.jpg)
Harga berbeza berdasarkan varian.
Trend dan Titanium dipadankan dengan enjin 2.0LBi-Turbo dengan trasnmisi automatik SelectShift 10-kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa 210PS@500Nm.
Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan sistem 4x4 elektronik separuh masa shift -on-the-fly dengan e-Locking Rear Differential dan enam pilihan mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Tow/Haul Slippery , Mud/Ruts dan Sands.

Bahagian stereng.
Bagi Everest Sport pula, ia menggunakan enjin 2.0L Single Turbo dengan transmisi automatik dengan enam kelajuan.

Ini bermakna ia mampu menghamburkan kuasa 170PS@405Nm namun varian ini cuma ada empat mod pemanduan, Normal, Eco, Haul/Tow dan Slippery.


Bahagian enjin (gambar kiri).
Bagi ketiga-tiga varian ini, ia didatangkan dengan spesifikasi tertentu.
Misalnyanya varian Sport dan Trend dilengkapi dengan lampu LED, manakala Titanium menampilkan lampu utama LED Matrix dengan lampu tinggi anti-silau yang bertujuan untuk memberi penglihatan yang lebih jelas.


Lampu hadapan dan belakangnya cukup menarik.
Untuk makluman anda, ia hadir dengan rel bumbung yang baharu. Apa yang menarik, ia mampu menyimpan basikal, kanu, pod karga dan khemah.
Menyentuh mengenai rodanya, Sport dan Titanium didatangkan dengan rim aloi bersaiz 20 inci manakala saiz rim Trend pula hanya 18 inci.

Rim aloi Titanium bersaiz 20 inci.
Seperti kenderaan lain, Ford Everest juga tidak kurang daripada menawarkan pelbagai ciri keselamatan.






Untuk info, semua varian lengkap dengan:

Terdapat juga mod pemanduan Mud, Ruts.
• 7 beg udara
• Isofix
• ABS
• EBD
• Kawalan kestabilan elektronik dengan kawalan cengkaman
• Bantuan brek kecemasan
• Kawalan turun bukit
• Bantuan daki bukit
• Penghindar kenderaan terbalik
• Kawalan beban adaptif
Pada majlis pelancaran Ford Everest, penulis sempat merasai keselesaan di dalam kabinnya.

Bahagian dalaman cukup mewah.
Ia agak mewah dan menerima kemasan premium dengan lampu suasana yang cukup terang.
Sementara itu, varian Titanium yang merupakan varian paling premium, didatangkan dengan beberapa ciri tambahan seperti:
• Sistem maklumat titik buta
• Amran dan bantuan tukar lorong
• Bantuan lampu tinggi
• Ada sistem pemantau tekanan tayar

Jentera ini cukup "tegap".
Antara teknologi baharu:
• Kawalan pelayaran adaptif
• Bantuan Parkir Aktif
• Bantuan Evasif
• Bantuan brek undur
• Amaran lintasan trafik di belakang
• Brek kecemasan autonomi

Turut hadir dengan pelbagai warna.
Ia hadir dengan tujuh pilihan warna:
• Absolute Black
• Aluminium Metallic
• Artic White
• Artic White
• Equinox Bronze
• Lightning Blue
• Meteor Gret
• Sedone Orange
Ford Everest didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau hingga 100,00 kilometer
Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat