LPT1 Asyik Banjir, Projek Pengurusan Banjir Akan Dijalankan Tak Lama Lagi

Banjir termenung di LPT1.
Gara-gara Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) asyik dinaiki air pada musim tengkujuh, maka kerajaan sudah membuat keputusan untuk memulakan kerja-kerja pengurusan banjir mulai 1 Oktober ini.
Perkara itu disahkan Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi.
Namun ini tidak bermakna LPT 1 akan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai sebaliknya, pihak ANIH akan membuka laluan kontra di lebuh raya berkenaan.

Pengguna LPT1 terkandas dalam banjir pada tahun lalu.
Difahamkan kali ini, projek pengurusan banjir melibatkan 11 kawasan kritikal sepanjang Lebuhraya LPT1.
Berikut info penutupan LPT 1
• Fasa pertama di KM124 dijangka mengambil masa selama 12 bulan.
• Laluan kecemasan arah ke Kuala Lumpur selama enam bulan bermula dari Oktober 2022 sehingga April 2023
• Laluan kecemasan KM124 arah ke Kuantan pula akan ditutup bermula dari bulan Mei sehingga November 2023,
Radzimah berkata, projek pengurusan banjir itu dijangka akan mengambil masa selama dua tahun.
“Selain menutup laluan kecemasan, ANIH Berhad akan mengaktifkan laluan kontra di kawasan terbabit bagi memastikan impak lalulintas berada pada tahap minimum sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian banjir di LPT 1 pada tahun lepas.
Tidak mahu pengguna panik, maka ANIH akan memaklumkan kesemua perkembangan dan maklumat mengenai projek itu di YouTube syarikat itu, ANIH TV.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 1-700-818- 700.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4817
SELANGOR
BSV2920
JOHOR
JH7610J
PULAU PINANG
PSH5424
PERAK
APN2130
PAHANG
CFJ4636
KEDAH
KGJ9130
NEGERI SEMBILAN
NEM6571
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB702Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
