ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Maut Dirempuh Kereta Suami Sendiri

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Menyedihkan, setelah berpuluh tahun hidup bersama, begini pengakhirannya. Seorang wanita warga emas menemui ajal selepas dirempuh oleh kereta yang dipandu suaminya sendiri dalam satu kemalangan yang berlaku di Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, petang semalam. 




Mangsa, Saadiah Saad, 69, yang berasal dari Kampung Telok Amboi, Kota Kuala Muda, meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu kemalangan pada kira-kira jam 3 petang itu. Suami mangsa, 76, tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.




“Kemalangan berlaku apabila pemandu yang juga suami mangsa menghidupkan enjin kereta yang dalam keadaan bergear menyebabkan kereta tersebut menggelongsor ke hadapan lalu terlanggar mangsa yang kebetulan berdiri di hadapan kereta,” jelasnya.


Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan dalaman.


Sempat Bertanya Khabar


Saksi kejadian yang juga jiran kepada mangsa kejadian ini, Che Puteh Ismail, 69, berkata, kejadian berlaku selepas mangsa dan suami pulang menghadiri majlis kenduri kahwin yang terletak tidak jauh dari rumah mereka dan kereta pula diparkir di hadapan rumahnya. 




Sebelum kejadian, mereka sempat bertegur sapa dan berbual sebelum suami mangsa memasuki kereta untuk menghidupkan kereta. 


“Kami saling bertanya khabar memandangkan sudah lama tidak berjumpa meskipun jarak rumah saya dengan rumah mangsa hanya kira-kira dua kilometer sahaja.


“Mangsa kemudian meminta diri untuk pulang dan kami saling bersalaman dan dia sempat memohon maaf kepada saya sekiranya terdapat salah silap antara kami,” katanya di sini hari ini.


Menceritakan kembali saat-saat tragedi berlaku, dia menjelaskan, sebaik masuk ke dalam rumah, dia terkejut mendengar bunyi dentuman dan deruman enjin yang kuat sebelum bergegas lari keluar. 


“Ketika keluar saya nampak mangsa tertiarap di bawah kereta manakala suami mangsa dilihat seperti dalam keadaan terkejut sebelum anak lelaki saya yang kebetulan berada di dalam rumah keluar dan mematikan enjin kereta tersebut.




“Anak lelaki saya, Zaini Hashim, 41, terus memanggil orang ramai yang berada di rumah kenduri untuk membantu mengangkat kereta tersebut bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kereta,” ujarnya.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.


Sumber: Kosmo


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.