Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Nyawa tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun melayang selepas lori Jabatan Imigresen dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki di persimpangan Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.
Mangsa ialah lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kemalangan kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction.
Isteri mangsa berusia 55 tahun yang juga ibu kepada dua anak perempuan berkenaan cedera di kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan membabitkan sebuah lori Isuzu milik Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kosong, Proton Saga, Inokom Matrix dan empat pejalan kaki.
Siasatan awal mendapati lori Imigresen itu dipandu lelaki berusia 43 tahun yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit.
"Suspek dalam perjalanan ke sana untuk mengambil tahanan selepas operasi terhadap pendatang tanpa dokumen di kawasan berkenaan.
"Lori itu dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat bagi laluannya berwarna merah, dengan lampu beacon dan siren diaktifkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun sedang bergerak terus melalui persimpangan selepas lampu isyarat bagi laluannya bertukar hijau.
Mohd Zamzuri berkata pemandu Saga dipercayai tidak sempat mengelak lori Imigresen berkenaan sebelum berlaku pelanggaran di tengah persimpangan.
"Impak pelanggaran menyebabkan lori Imigresen hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang semuanya adalah anggota keluarga sama.
"Lori itu turut melanggar sebuah Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dan berhenti di persimpangan lampu isyarat," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga pemandu terbabit tidak cedera.
"Polis kemudian menahan pemandu lori Imigresen berusia 43 tahun dan pemandu Proton Saga berusia 50 tahun bagi membantu siasatan.
"Ujian pernafasan bagi mengesan alkohol dan saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua pemandu mendapati keputusan negatif," katanya.
Mohd Zamzuri berkata, polis sudah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sedang mengesan saksi bebas.
SUMBER BERITA HARIAN
Kami datang bukan datang ram langgar lampu
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL4756
SELANGOR
BSS8544
JOHOR
JC5489J
PULAU PINANG
PSE7674
PERAK
APK7264
PAHANG
CFH4732
KEDAH
KGH5931
NEGERI SEMBILAN
NEL4682
KOTA KINABALU
SJT5735
KUCHING
QAB4140P
Terakhir Kemas Kini 19 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hanya 1 Aplikasi, MyBorderPass Diperlukan, Proses Imigresen Johor-Singapura Jadi Lebih Pantas
Sekitar 300,000 pengguna bas dan motosikal Malaysia bakal menikmati proses imigresen yang lebih pantas dengan penggunaan aplikasi MyBorderPass di dua pusat pemeriksaan imigresen Johor-Singapura.
09-12-2024
Penunggang Motosikal Dalam Bahaya: Ramai Terlibat Kemalangan Maut
Nahas motosikal semakin menakutkan.
23-07-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan
Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.
13-05-2026
Berita Terkini
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur
Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat