ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Motors Raikan Jualan Triton Unit Ke-100K! Pembeli Bertuah Ini Terima Diesel FREE 100K KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Penyerahan Triton unit ke-100,000 

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), baru-baru ini telah meraikan jualan trak pikap Mitsubishi Triton unit yang ke-100,000 di negara ini. 

Pada tahun 2021, trak pikap tersebut berjaya mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh pada 22% walau diuji dengan pandemik dan berhadapan dengan persaingan yang sengit. Sebanyak 9,268 unit Triton terjual pada tahun 2021, menunjukkan peningkatan 34% berbanding tahun sebelumnya. 

Bagi meraikan pencapaian besar ini, MMM telah menghadiahkan minyak diesel 100,000 km bernilai RM27,000 kepada pelanggan yang ke-100,000, Encik Muhammad Faerus, yang merupakan seorang kontraktor pemasangan panel solar. 

Encik Muhammad Faerus menerima diesel percuma bernilai RM27,000

“Sejak Triton diperkenalkan di Malaysia, ia terbukti sebagai salah sebuah trak pikap kegemaran Malaysia kerana gayanya yang ranggi, versatil dan memiliki pengendalian yang baik. Trak ini mampu menempuhi laluan off-road dan dalam masa yang sama sempurna untuk kegunaan harian. Pelanggan Triton kami datang daripada pelbagai lapisan masyarakat…” kata Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.

Sempena pencapaian ini, Mitsubishi Motors menganjurkan Peraduan 100,000 Triton Ambitions kepada semua pelanggan Triton bermula pada 14 September 2022 nanti. 

Cara untuk menyertainya cukup mudah! Pemilik Triton hanya perlu mengisi borang peraduan dan menghantar foto berdasarkan salah satu kategori di bawah:

  1. The Stylo King - aktiviti santai paling tidak dapat dilupakan dengan Triton

  2. Tough Champ - pengalaman paling mencabar dengan Triton

  3. Extreme Adventurer - perjalanan jarak jauh paling tidak dapat dilupakan dengan Triton

  4. Mod Hero - Modifikasi Triton yang paling menarik


Pemenang akan menerima hadiah minyak diesel untuk perjalanan sejauh 25,000 km yang bernilai sehingga RM7,000. Borang, foto dan syarat peraduan boleh didapati di laman rasmi Mitsubishi Motors https://www.mitsubishi-motors.com.my/ bermula 14 September nanti. 


Untuk mendapatkan promosi eksklusif daripada MMM dan juga informasi tentang trak pikap 4X4 Mitsubishi Triton, layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/triton/


Baca: Mitsubishi Motors Malaysia Buka Pusat 3S Baharu di Rawang

Baca: Triton Phantom Plus Edition Lebih Buas, Terhad 1,000 Unit Sahaja


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

29-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Kereta Baru

06-03-2026
Berita Auto

26-09-2025
Global

10-12-2024
Berita Auto

05-12-2024
Pandu Uji

04-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.