Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Nampaknya, SUV Mitsubishi Pajero bakal menyaksikan kemunculan generasi kelima memandangkan imej teaser sudah muncul dalam video promosi rasmi Ralliart sempena Tahun Baharu.
Walaupun SUV tersebut digelapkan namun susunan lampu siang LED (DRL) dapat dilihat dengan jelas termasuk rangka badannya sekali gus ternyata berbeza daripada trak pikap Triton.
Buat masa ini, masih belum jelas apakah rangkaian kuasa yang akan digunakan oleh Pajero generasi kelima ini. Namun begitu, sekiranya ia benar-benar berasaskan Triton semasa seperti yang didakwa, kita mungkin akan melihat SUV kembar ini menggunakan enjin diesel 2.4 liter 4-silinder dwi-turbo yang sama, dengan output 204 PS dan 470 Nm.


Sudah tentu, model Pajero generasi kelima yang didedahkan ini menjadi pengganti kepada Pajero Sport generasi ketiga yang kini sudah berusia.
Varian tersebut masih lagi dihasilkan di negara jiran Thailand, namun kini usianya sudah mencecah satu dekad.
Seperti generasi Pajero terdahulu, generasi kelima ini mungkin dipasarkan dengan nama berbeza mengikut pasaran – versi terdahulu pernah dijual sebagai Shogun atau Montero, berikutan maksud perkataan “Pajero” dalam bahasa Sepanyol.
Apa yang masih belum jelas juga ialah bila ia akan dilancarkan. Namun, memandangkan teaser ini muncul pada awal tahun, khabar angin mengenai pelancarannya di pasaran Jepun pada hujung tahun ini (2026) dilihat sangat berasas.
Di peringkat tempatan pula, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kali terakhir menawarkan Mitsubishi Pajero Sport generasi kedua sehingga tahun 2016 sebelum ia dihentikan. Pengganti generasi ketiga yang menerima pembaharuan besar-besaran pula tidak pernah ditawarkan secara rasmi.

Situasi ini bagaimanapun berpotensi berubah pada masa hadapan, memandangkan MMM kini sedang bersiap sedia untuk mengembangkan barisan model tempatan dengan kenderaan crossover dan SUV.
Malah, XForce B-SUV yang sekian lama dinantikan dan dibangunkan khusus untuk ASEAN baru-baru ini dikesan di Malaysia, sekali gus memberi petanda ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4819
SELANGOR
BSV2920
JOHOR
JH7613J
PULAU PINANG
PSH5424
PERAK
APN2134
PAHANG
CFJ4636
KEDAH
KGJ9130
NEGERI SEMBILAN
NEM6571
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB704Q
Terakhir Kemas Kini 23 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini
Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.
29-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!
Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.
05-01-2026
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching
MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.
21-08-2025
Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang
MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
28-04-2025
Berita Terkini
Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh
Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.
22-11-2026
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
