Pemandu Terbabit Kes Langgar Lari Yang Membunuh Pegawai Imigresen Diberkas

Foto ini disebarkan pihak polis untuk mengesan suspek kes langgar lari (Foto: PDRM)
Sebelum ini, CariCarz pernah melaporkan bahawa pihak polis sedang cuba mengesan pemandu Proton Wira Aeroback dengan nombor plat TAC 5688 kerana kejadian langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pegawai imigresen pada 4 September lalu. Utusan melaporkan, pemandu tersebut telah berjaya diberkas.
Baca: Pemandu Wira Ini Sedang Dicari, Kes Langgar Lari, Seorang Maut
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu tersebut merupakan seorang lelaki warga negara Indonesia yang berusia 27 tahun. Dia ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Muda selepas datang untuk menyerah diri pada jam 6.30 petang, 5 September.

Mangsa maut di tempat kejadian (Foto: Facebook)
Pemandu yang menetap di Taman Sri Gading, Pokok Sena, Alor Setar ini membuat pengakuan terlibat dalam kes tersebut dan melarikan diri untuk mengelak daripada dipukul.

Kejadian berlaku sewaktu hujan (Foto: Facebook)
“Suspek juga berkata dia turut melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
“Pemandu terbabit yang bekerja sebagai buruh memaklumkan dia memandu kereta milik abang iparnya semasa kejadian dan melarikan diri dengan balik ke Pokok Sena sejurus selepas kejadian,” katanya hari ini.

Mangsa hilang kawalan motor yang ditunggang selepas dilanggar (Foto: Facebook)
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.23 pagi itu, pemandu Proton Wira telah merempuh sudut belakang motosikal jenis Kawasaki KLE650 yang ditunggang oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen yang bertugas di Depot Tahanan Sementara Sungai Bakap, Muhammad Nizam Shamsudin, 46.

Mangsa meninggal di tempat kejadian (Foto: Facebook)
Pelanggaran tersebut menyebabkan motosikal yang dibawanya hilang kawalan dan terjatuh di lorong kecemasan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.
Tragedi berlaku semasa hujan lebat dan ketika kedua-dua pegawai terlibat sedang melalui susur keluar ke Plaza Tol Gurun dengan kereta yang dipandunya.
Sumber: Utusan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4630
SELANGOR
BST7684
JOHOR
JE4121J
PULAU PINANG
PSF6184
PERAK
APL5350
PAHANG
CFH7571
KEDAH
KGJ1529
NEGERI SEMBILAN
NEL8931
KOTA KINABALU
SJU1592
KUCHING
QAB5782P
Terakhir Kemas Kini 20 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung
Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.
03-02-2026
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut
Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.
27-01-2026
Motosikal Gesel, Remaja Maut
Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).
26-01-2026
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung
Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.
19-01-2026
Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler
Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.
12-01-2026
Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi
Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.
29-12-2025
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat