ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lamborghini Huracán


Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar yang dilengkapkan dengan sistem hibrid sebagai model baharu yang menggantikan Lamborghini Huracán.




Motor Trend baru-baru ini melaporkan beberapa maklumat berkenaan pengganti Huracán berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh sumber yang tidak dinamakan. Menurut sumber tersebut, Lamborghini tidak akan menggunakan enjin V10 bagi supercar akan datang, sebaliknya model tersebut akan dikuasakan oleh enjin V8 seperti yang terdapat pada Urus. 




Lamborghini dikhabarkan turut merancang untuk melengkapkan kereta dengan motor elektrik yang akan diletakkan di antara enjin dan transmisi. Penggunaan teknologi elektrik pada kereta dilakukan demi memenuhi peraturan emisi yang semakin diperketatkan.




Angka lain seperti output maksimum kereta iaitu kuasa kuda dan tork yang mampu dicapai masih belum didedahkan. Namun terdapat ura-ura bahawa ia mungkin mampu mencapai 850 hp. 




Apa yang menarik tentang model ini ialah V8 yang digunakan akan dikuasakan oleh tenaga elektrik bagi mencapai putaran enjin sehingga 7,000 rpm. Selepas mencapai tahap tersebut, barulah pengecas turbo akan mula diaktifkan dan memberi kereta kuasa tambahan sehingga 10,000 rpm! 




Dengan cara ini, pemilik model terbaharu ini nanti masih dapat merasai nikmat menggunakan supercar sebenar walaupun enjin dibantu oleh kuasa elektrik. 


Perincian lain iaitu sama ada pengganti Huracán ini akan mengekalkan penggunaan sistem pacuan semua roda mekanikal atau menggunakan motor elektrik pada gandar hadapan masih tidak dapat dipastikan. 


Selain itu, sumber tersebut juga tidak mendedahkan sekiranya model itu nanti akan dihadirkan dengan sistem hibrid plug-in atau hibrid standard. 


Namun model itu dipercayai memiliki saiz yang lebih panjang berbanding  Huracán untuk memuatkan sistem elektrik. Bukan itu sahaja, beratnya juga berkemungkinan lebih tinggi kerana pek bateri dan motor.


Sumber: Motor Trend


Baca: Bila Korea Dan Itali Bergabung, Terhasil Aventador S Roadster Korean Special Series

Baca: Lamborghini Pamerkan 3 Model Supercar Terhebat Di Milan Design Week!

Baca: Lamborghini Aventador RM1.4 Juta Meletup Dalam Kemalangan

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9857

SELANGOR

BSU2659

JOHOR

JF3530J

PULAU PINANG

PSG1920

PERAK

APL9589

PAHANG

CFH9422

KEDAH

KGJ3714

NEGERI SEMBILAN

NEM2051

KOTA KINABALU

SJU4442

KUCHING

QAB7190P

Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

23-07-2025
Global

09-07-2025
Global

23-06-2025
Global

04-06-2025
Global

08-10-2024
Global

20-09-2024
Global

19-07-2024
Global

30-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.

05-10-2026
Berita Auto

Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan

Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.

05-10-2026
Berita Auto

PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800

ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.

05-10-2026
Berita Auto

Malaysia Berpeluang Anjur Semula F1 di SIC

Adakah Formula 1 Bakal Pulang ke Sepang?

05-10-2026
Berita Auto

Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia

Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.

05-10-2026
Berita Auto

Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan

Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?

05-10-2026
Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.