Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta
![]()
Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Dilancarkan sebentar tadi di Aston Martin Kuala Lumpur, Super Tourer pertama dunia ini ditawarkan pada harga RM1,088,000 sebelum cukai, duti dan pilihan kustom.
Sebagai pengganti kepada DB11, Aston Martin DB12 hadir dengan pelbagai ciri menarik, peningkatan yang ketara berbanding model sebelumnya. Walaupun menggunakan platform yang sama, gaya luaran keluaran kali ini tampil berbeza dengan penekanan pada bahagian depan yang lebih ‘tajam’ dan menyerlah. Postur yang lebih lebar kerana sudut hadapan yang kini 6 mm lebih lebar dan belakang 22 mm lebih lebar, meningkatkan aura ‘tegas’ DB12.



Aston Martin DB12 dikuasakan oleh enjin Mercedes 4.0 liter biturbo V8 yang diperbaharui untuk menghasilkan kuasa yang mengagumkan iaitu 671 hp (680 PS) pada 6,000 rpm dan tork sebanyak 800 Nm dari 2,750 hingga 6,000 rpm. Ini membuktikan peningkatan sebanyak 34% berbanding model terdahulunya. Penambahbaikan enjin termasuk profil cam yang diubahsuai, nisbah mampatan, pengecas turbo yang lebih besar, dan sistem penyejuk yang disusun semula.





Tenaga enjin itu disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan dengan penukar tork, serta differential elektronik di bahagian belakang. Keupayaan kawalan yang tepat dan tindak balas yang pantas sekaligus meningkatkan prestasi pemanduan keseluruhan model ini.

DB12 mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j. Selain casis yang telah diperkukuh, sistem suspensi juga diperbaik dengan peredam adaptif pintar generasi baharu membantu meningkatkan pengawalan dan kehalusan dalam pelbagai tetapan mod pemanduan.
DB12 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terbaik, termasuk pakej i-Activsense ADAS dari Mazda, menawarkan teknologi seperti pemantau titik buta, amaran lintasan belakang, amaran keluar lorong, bantuan kekal lorong, amaran perhatian pemandu dan kawalan jelajah radar Mazda.




Di ruang kabin, DB12 diberikan sentuhan berbeza berbanding Aston Martin sebelum ini, dengan rekaan konsol tengah yang lebih tinggi. Sistem infotainmen turut diperbaharui sepenuhnya, dengan DB12 memaparkan sistem pertama yang direka dan dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dipaparkan melalui skrin 10.25 inci yang boleh dikawal dengan sentuhan jari.
Sepertimana jenama mewah lain, pelanggan boleh menjadikan DB12 lebih unik melalui perkhidmatan personalisasi yang ditawarkan oleh Q Aston Martin.
![]()
Kunjungi Aston Martin Kuala Lumpur untuk melihat Aston Martin DB12 dengan lebih dekat atau untuk membuat tempahan. Dijual pada harga RM1.08 juta, sebelum cukai, duti dan pilihan kustom. Pembelian adalah termasuk jaminan lanjutan sehingga 20 tahun seperti model Aston Martin yang lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.
10-07-2025
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707
Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.
30-04-2025
Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!
Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.
03-09-2024
Aston Martin Buruk Ditemui Dalam Bangsal Dijual Lebih RM1 Juta? Ini Sebabnya...
Aston Martin DB4 yang ditemukan dalam keadaan usang di dalam sebuah bangsal bakal dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta).
06-06-2024
Super SUV Ini Dikemaskini
Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.
22-04-2024
Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!
Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.
16-04-2024
Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin
Syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya.
26-12-2023
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
