Perhatian! Betul Ke Banjir Besar Akan Melanda Negara? Ini Jawapan Meteorologi..

Lebih 50,000 kenderaan ditenggelami banjir.
Perhatian buat semua pengedar kenderaan terpakai terutama di Selangor.
Sudah tiba masanya, anda membuat persiapan awal untuk meletakkan kesemua kereta terpakai di tempat letak khas.
Menyingkap kembali kejadian banjir pada tahun lepas, rata-rata pengedar kenderaan terpakai di Selangor berputih mata kerana kerugian berjuta ringgit gara-gara kesemua kereta terpakai dinaiki banjir.
Jadi, kepada semua pengedar kenderaan terpakai, anda dinasihatkan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan kereta sebelum rosak akibat Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini hingga Disember.

Sebuah kereta rosak ditenggelami air.
Lagipun, kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim di kawasan banjir.
Namun ini jawapan Amirudin:
“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya umumkan perkara itu, ia bergantung kepada data yang akan diberikan oleh pakar yang telah dilantik,” katanya.
Sebelum ini, Amirudin ada mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.
Malah, sekurang-kurangnya 62 lokasi di daerah Klang dikatakan berisiko dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Berikut adalah lokasinya:
-full_normal.jpg)

-full_normal.jpg)
Sementara itu, Caricarz ada menghubungi beberapa pengusaha kenderaan terpakai di sekitar Selangor untuk mengetahui persediaan mereka menjelang perubahan iklim ketika ini.
Pengusaha kereta terpakai Edaria Motor, Nazri Amin, 40, berkata, dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengalihkan kenderaan kerana tiada tempat.
“Bukan tak nak alih kereta, tetapi tak tahu nak letak mana. Sepatutnya, kerajaan membantu kami dengan menyediakan tempat khas untuk tujuan aktiviti jualan kereta terpakai bagi membolehkan menjalankan urusan jual beli tanpa rasa bimbang.
“Kami sanggup bayar sewa, sekurang-kurangnya kereta kami terselamat daripada bah besar,” katanya kepada Caricarz ketika dihubungi sebentar tadi.
Buat masa ini, Nazri menyewa dua lot untuk meletakkan kenderaannya dengan bayaran sewa RM12,000.
Satu lot berharga RM6,000.
Ketika ditanya mengenai tapak meletakkan kenderaan terpakai itu mempunyai perlindungan akibat kerosakan akibat banjir, dia mengakui tidak pernah terlintas di fikiran untuk membeli insurans untuk kawasan lapang berkenaan.
Seorang lagi pengusaha kenderaan terpakai yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak membuat sebarang persiapan walaupun ada membaca pelbagai berita berhubung banjir bakal melanda beberapa negeri pada November ini.
Sebaliknya, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah menegaskan dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat
“Kita tidak nafikan episod hujan lebat itu akan berlaku tapi ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.
” Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” katanya.
Di sebalik kejadian banjir ini, anda mungkin boleh menggunakan idea Amzan Ibrahim, 57, yang menggunakan plastik pelindung untuk membaluti kenderaannya setiap kali berlakunya banjir.

Plastik itu dibeli dari China.
Plastik lut sinar yang digunakannya dikatakan mampu melindungi kereta daripada dimasuki air banjir. Ia bukan sahaja boleh membaluti kenderaan tetapi barangan lain yang bersaiz besar.
Apapun, marilah kita mengambil pengajaran peristiwa lepas dengan membuat persiapan awal.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY6373
SELANGOR
BSV1594
JOHOR
JH4869J
PULAU PINANG
PSH4371
PERAK
APN358
PAHANG
CFJ4213
KEDAH
KGJ8455
NEGERI SEMBILAN
NEM6065
KOTA KINABALU
SJV2084
KUCHING
QAB342Q
Terakhir Kemas Kini 17 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jajaran PLUS, Senai-Desaru Dibuka Awal Tahun 2027
Ada berita baik untuk orang Johor, Jajaran PLUS, Senai-Desaru bakal dibuka awal tahun depan.
17-11-2026
Honda Sumber Auto Edaran PJ Ditutup Selepas 25 Tahun Beroperasi
Selepas 25 Tahun Beroperasi, Honda Sumber Auto Edaran PJ Akhirnya Tutup.
17-11-2026
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?
Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?
16-11-2026
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

