ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Betul Ke Banjir Besar Akan Melanda Negara? Ini Jawapan Meteorologi..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Lebih 50,000 kenderaan ditenggelami banjir.

Perhatian buat semua pengedar kenderaan terpakai terutama di Selangor.

Sudah tiba masanya, anda membuat persiapan awal untuk meletakkan kesemua kereta terpakai di tempat letak khas.

Menyingkap kembali kejadian banjir pada tahun lepas, rata-rata pengedar kenderaan terpakai di Selangor berputih mata kerana kerugian berjuta ringgit gara-gara kesemua kereta terpakai dinaiki banjir.

Jadi, kepada semua pengedar kenderaan terpakai, anda dinasihatkan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan kereta sebelum rosak akibat Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini hingga Disember.


Sebuah kereta rosak ditenggelami air.

Lagipun,  kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim di kawasan banjir.

Namun ini jawapan Amirudin:

“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya umumkan perkara itu, ia bergantung kepada data yang akan diberikan oleh pakar yang telah dilantik,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin ada mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Malah, sekurang-kurangnya  62 lokasi di daerah Klang dikatakan berisiko dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.

Berikut adalah lokasinya: 


Antara lokasi yang berisiko banjir.

Sementara itu, Caricarz ada menghubungi beberapa pengusaha kenderaan terpakai di sekitar Selangor untuk mengetahui persediaan mereka menjelang perubahan iklim ketika ini.

Pengusaha kereta terpakai Edaria Motor, Nazri Amin, 40, berkata, dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengalihkan kenderaan kerana tiada tempat.

“Bukan tak nak alih kereta, tetapi tak tahu nak letak mana. Sepatutnya, kerajaan membantu kami dengan menyediakan tempat khas untuk tujuan aktiviti jualan kereta terpakai bagi membolehkan menjalankan urusan jual beli tanpa rasa bimbang.

“Kami sanggup bayar sewa, sekurang-kurangnya kereta kami terselamat daripada bah besar,” katanya kepada Caricarz ketika dihubungi sebentar tadi.

Buat masa ini, Nazri menyewa dua lot untuk meletakkan kenderaannya dengan bayaran sewa RM12,000.

Satu lot berharga RM6,000.

Ketika  ditanya mengenai tapak meletakkan kenderaan terpakai itu mempunyai perlindungan akibat kerosakan akibat banjir, dia mengakui tidak pernah terlintas di fikiran untuk membeli insurans untuk kawasan lapang berkenaan.

Seorang lagi pengusaha kenderaan terpakai yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak membuat sebarang persiapan walaupun ada membaca pelbagai berita berhubung banjir bakal melanda beberapa negeri pada November ini.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah menegaskan dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat

“Kita tidak nafikan episod hujan lebat itu akan berlaku tapi ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.

” Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” katanya.

Di sebalik kejadian banjir ini, anda mungkin boleh menggunakan idea Amzan Ibrahim, 57, yang menggunakan plastik pelindung untuk membaluti kenderaannya setiap kali berlakunya banjir.


Plastik itu dibeli dari China.

Plastik lut sinar yang digunakannya dikatakan mampu melindungi kereta daripada dimasuki air banjir. Ia bukan sahaja boleh membaluti kenderaan tetapi barangan lain yang bersaiz besar.

Untuk rekod, lebih 50,000 kereta  tenggelam dalam banjir di lapan negeri terutama Selangor dan Pahang pada tahun lepas.

Apapun, marilah kita mengambil pengajaran peristiwa lepas dengan membuat persiapan awal.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL8015

SELANGOR

BSS9814

JOHOR

JC7067J

PULAU PINANG

PSE8513

PERAK

APK7857

PAHANG

CFH4930

KEDAH

KGH6349

NEGERI SEMBILAN

NEL4984

KOTA KINABALU

SJT6099

KUCHING

QAB4256P

Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026
Berita Auto
Berita Auto

PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan

Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.

20-08-2026
Berita Auto

KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.

19-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.