ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X50, Proton X70 dilancarkan di Afrika Selatan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengurus Kanan Pemasaran Produk Proton, Micheal Chew menunjukkan kedua-dua SUV itu dalam satu acara di Afrika Selatan.

Selepas 10 tahun tidak menembusi pasaran Afrika Selatan, pengeluar kereta nasional, Proton akan membuat penampilannya  di negara berkenaan.

Untuk info, penghantaran terakhir telah dibuat ke pasaran berkenaan adalah pada 2012.

Terdahulu, Caricarz ada melaporkan bahawa dua model yang dilancarkan ke pasaran Afrika Selatan itu ialah Proton X50 dan Proton X70.


Proton X50.

Selain X50, X70, Proton Saga juga akan dipasarkan ke Afrika Selatan tetapi bukan sekarang sebaliknya sekitar awal tahun 2023.

PROTON juga telah memeterai perjanjian untuk melantik CMH Group sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan pada April lalu.


Pelancaran semula jenama itu dianjurkan oleh Combined Motor Holdings (CMH), pengedar rasmi Proton, serentak dengan pelancaran tempatan Proton X70 dan X50.


Majlis pelancaran diadakan di Afrika Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif CMH, Jebb McIntosh berkata, pihaknya menyambut baik apabila Proton mahu memasarkan kedua-dua kenderaan utiliti sukan itu di Afrika Selatan.

“Terdapat banyak jenama mewah yang menjual SUV di Afrika Selatan, tetapi kebanyakannya tidak mampu dimiliki oleh pembeli kereta biasa di sini.

Untuk itu, kami akan menyediakan sekurang-kurangnya 25 pengedar dalam tempoh enam bulan. Buat masa ini, sebanyak 17 cawangan pengedar telah pun menjalani latihan jualan dan teknikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya,  rangkaian penuh alat ganti juga sudah tersedia di pusat pengedarannya.

“Ini bermakna pelanggan kami boleh membeli kenderaan ini dengan yakin,” tambahnya.

Di sebalik laporan Proton bakal menembusi pasaran Afrika Selatan, jualan eksport kekal sebagai bahagian penting dalam rancangan perniagaan PROTON.

Bagi tahun 2022, jualan eksport pada akhir bulan Ogos berjumlah 4,040 unit, sekali gus meningkat sebanyak 33.9 peratus  berbanding dengan jumlah jualan bagi tahun lepas. 

Menerusi penambahan Afrika Selatan dalam senarai pasaran eksport, PROTON  berharap dapat menamatkan tahun ini dengan peratusan pertumbuhan yang lebih tinggi.

“PROTON sedang giat mengembangkan jualan eksport kerana kami percaya ia adalah salah satu tonggak kepada peningkatan jumlah keseluruhan kami. Terdapat banyak potensi untuk pertumbuhan dalam pasaran antarabangsa, bukan sahaja untuk jenama Proton tetapi untuk industri automotif tempatan juga. 

“Oleh itu, kami ingin bertapak kukuh sementara pasaran ini masih boleh diakses dengan menyasarkan 6,000 jualan eksport tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.