SUKE Akan Dibuka Secara Rasmi Pada 16 September Sempena Hari Malaysia

Sebahagian pemandangan SUKE.
Ada berita baik buat semua pengguna Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur!
Tinggal tiga hari lagi, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan dibuka secara rasmi.
Ini bermakna, azab terperangkap dalam kesesakan trafik akan berakhir tidak lama lagi.
Ia adalah laluan terbaik buat mereka yang terpaksa ulang-alik dari tempat kerja di bahagian timur di Lembah Klang.
Apa yang pasti, perjalanan anda selepas ini akan menjadi lebih pantas tetapi perlu melalui tol.
Sebaliknya, bayaran tol mungkin menggantikan kos minyak dan masa yang terpaksa dihabiskan dalam kesesakan jalan raya di sepanjang MRR2.
Untuk info, terdapat 14 laluan pertukaran di sepanjang lebuhraya berkenaan yang bertujuan untuk menyuraikan aliran trafik.

Lebuhraya itu berakhir di Ampang.
Lebuhraya sepanjang 24.4 km ini bermula dari Sri Petaling berhampiran Stadium Bukit Jalil dan berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa, Ampang.
Dikhabarkan, lebuhraya baharu ini mampu mengurangkan kesesakan teruk yang sering kali berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Ampang, Jalan Loke Yew, Cheras, Pandan Indah dan Ampang.
Lebih menarik, SUKE turut dilengkapi dengan kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tasik Tambahan, dua kawasan berhenti (lay-by area), tiga plaza tol, dan enam stesen pengecas kenderaan elektrik (EV).

Ia disifatkan sebagai lebuhraya terpanjang di Malaysia.
Apa yang anda perlu tahu ialah Lebuhraya SUKE ini merupakan lebuh raya termoden di Malaysia.
Kenapa termoden di Malaysia?
Kalau anda ingin tahu mengenai Lebuhraya SUKE ini, maka anda perlu menggunakan laluan itu sempena cuti panjang minggu ini.
Suka atau tidak, jangan lupa kongsikan pengalaman anda menggunakan Suke di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat