Suspek Kini Sedang Diburu!

Hanya kerana coklat, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawanya!
Itulah aksi yang berjaya dirakam ketika suspek cuba melarikan kepingan coklat dari sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru.
Lebih mengerikan apabila suspek turut merosakkan beberapa kenderaan ketika cuba melarikan diri dari sebuah parkir.
Lelaki bertubuh gempal itu pada mulanya melarikan diri dengan membawa sebuah beg yang berisi dengan kotak coklat dan beberapa barangan lain sebelum ditahan sekumpulan orang awam.
Suspek yang bergelut dengan orang awam bagaimanapun, berjaya melepaskan diri.

Orang ramai kemudian mengejar lelaki berkenaan sehingga ke kawasan parkir bangunan pasar raya itu namun suspek sekali lagi berjaya meloloskan diri dengan menaiki sebuah Honda City berwarna merah.
Suspek dilihat agak berani kerana berusaha sedaya-upaya melarikan diri walaupun dikerumuni lebih 10 lelaki yang cuba menghalangnya daripada keluar dari bangunan berkenaan.
Malah, ada yang cuba menghalangnya dengan memecahkan cermin keretanya tetapi usaha orang ramai gagal apabila suspek berjaya melarikan diri dengan merempuh beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.
Aksi lelaki itu yang memandu kenderaan secara tergesa-gesa sehingga merosakkan beberapa kenderaan lain, kini turut tular di internet.

Di sebalik kejadian itu, seorang wanita turut ditahan yang dipercayai teman wanita suspek.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan positif dadah selain mempunyai tiga kesalahan lampau melibatkan kes dadah.
Polis kini sedang memburu suspek lelaki yang turut mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kes curi dalam bangunan dan dadah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
