ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Continental Tyres telah melancarkan produk Generasi 7 pertamanya di Malaysia, UltraContact UC7, sebuah tayar dengan fungsi lebih menyeluruh yang mengutamakan keselamatan, menawarkan keselesaan bunyi yang luar biasa dan memiliki jangka hayat memandu yang panjang.

Continental yakin bahawa tayar UltraContact UC7 ini dapat memberikan pengguna keyakinan yang lebih tinggi selari dengan slogan produk “Driving Confidence, Redefined by Technology.”

Berbanding generasi sebelum ini, UltraContact UC6, tayar keluaran terbaharu syarikat, UltraContact UC7, telah dihasilkan agar dapat memberikan hasil pembrekan dan kawalan di laluan basah yang lebih baik. Selain itu, ia turut meningkatkan kecekapan bahan api, brek kering dan kualiti pengendalian kereta. 

Setiap produk Continental yang memasuki pasaran telah melalui pelbagai ujian untuk memastikan prestasinya mencapai standard tertinggi yang ditetapkan dalam kesemua aspek. 

“Kami berbangga dengan teknologi keselamatan kami yang telah diiktiraf selama beberapa generasi. Dengan Vision Zero sebagai keutamaan, kami berusaha untuk mencapai sifar kemalangan, sifar kecederaan, dan sifar kematian di jalan raya,” demikian kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.


Ketika UltraContact UC7 dibangunkan, tayar tersebut telah melalui 850 jenis ujian dengan tempoh masa mencecah 9500 jam oleh jurutera di seluruh dunia dengan jarak perjalanan keseluruhan 12 kali pusingan bumi. 

Bob Liu, Pengarah R&D Asia Pasifik, “Kami telah meletakkan tayar ini dalam pusingan ujian yang ketat untuk memastikan ia berjaya mencapai tahap tertinggi, demi memberikan teknologi tayar yang canggih kepada pengguna."

Continental UltraContact UC7 ditawarkan untuk pelbagai jenis kenderaan sama ada kereta kompak, saiz sederhana, MPV atau sedan mewah dengan saiz daripada 15” ke 18”.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-04-2025
Teknologi

06-02-2025
Berita Auto
Berita Auto

16-04-2024
Berita Auto

12-10-2023
Berita Auto

01-03-2023
Gaya Hidup

16-02-2023
Berita Auto

07-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.