ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Syarikat pengeluar kereta Sweden, Volvo, sekali lagi melakukan inovasi penting yang meningkatkan lagi keselamatan kenderaan. Kali ini, syarikat Volvo memperkenalkan teknologi yang dikenali sebagai sistem radar dalaman yang pertama di dunia, satu hasil ciptaan yang sangat penting, kenapa? Teruskan membaca.


Fakta menarik: Tali pinggang keledar yang digunakan sekarang sebenarnya hasil ciptaan syarikat Volvo pada tahun 1959.



Jurutera Volvo, Nils Bohlin, memakai tali pinggang keledar yang diciptanya pada ulang tahun ke-40 inovasi beliau ini semasa Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara, Detroit, pada tahun 1999 (Foto: AFP)


Teknologi ini dikatakan akan digunakan dalam kenderaan elektrik (EV) bakal dilancarkan tidak lama lagi, EX90, dan juga kepada kenderaan-kenderaan lain yang akan dikeluarkan seterusnya. Sistem ini direka untuk memberi amaran kepada pengguna kenderaan sekiranya tertinggal seseorang atau haiwan di dalam kereta.


Nampak tak kepentingannya? 


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendedahkan, pada bulan Januari tahun ini sahaja terdapat 41 kes kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan. Secara keseluruhan pada tahun lalu JBPM merekodkan sebanyak 309 kes, tahun 2020 sebanyak 298 kes dan 2019 sebanyak 305 kes. 


Menurut Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad, fenomena ini dinamakan Forgotten Baby Syndrome (Sindrom Terlupa Anak). 


Bukan sahaja di Malaysia, isu tertinggal anak dalam kenderaan merupakan satu isu yang terjadi di seluruh dunia, oleh kerana itu, Volvo cuba tampil dengan solusi.


Terciptanya teknologi yang dapat membendung masalah ini


Jurutera Volvo telah membangunkan radar yang memiliki tahap sensitiviti dan ketepatan tinggi untuk mengesan sekecil mana pun pergerakan sehingga skala sub-milimeter seperti pergerakan kanak-kanak yang sedang nyenyak tidur. 



Ilustrasi pengesan penumpang Volvo (Foto: Volvo)


Yang menariknya, ciri ini bukan sahaja meliputi ruang kabin kereta, tetapi juga pada bahagian but.


Bagaimana ia berfungsi?


Sensor yang digunakan dalam sistem ini diintegrasikan pada konsol di bahagian atas, lampu bacaan pada bahagian bumbung dan but kereta bagi mengesan pergerakan sub-milimeter pada segenap ruang dalaman kereta.


Menurut pakar Volvo, waktu terbaik untuk pemegang kunci kereta menerima ‘notifikasi’  mengenai pergerakan di dalam kereta ialah semasa ingin mengunci pintu kereta. 



Setiap kali pengguna cuba untuk mengunci kereta, sistem radar dalaman akan diaktifkan dan mengesan sama ada kereta kosong daripada kehadiran orang atau haiwan sebelum ia boleh dikunci. 


Sekiranya ada ahli keluarga atau haiwan tertinggal di dalam kereta, kereta tidak akan terkunci selain akan memaparkan peringatan pada skrin konsol tengah untuk membuat pemeriksaan kabin. 




Bukan itu sahaja, sistem iklim kereta juga akan terus aktif untuk terus memberikan keselesaan kepada yag masih berada di dalam kereta. Ini dapat mengelakkan seseorang atau haiwan yang tertinggal daripada mengalami strok haba ekoran kepanasan cuaca.


Terima kasih Volvo kerana menghasilkan teknologi penting ini! 


Sumber: Volvo Cars, Harian Metro


Baca: Volvo Certified Damage Repair Centre Dibuka Di Glenmarie Dan Ara Damansara


Baca: Pelantikan Johan Ekdahl Sebagai CFO Volvo Cars Baharu

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW1491

SELANGOR

BSU6516

JOHOR

JG4716J

PULAU PINANG

PSG8739

PERAK

APM5332

PAHANG

CFJ2557

KEDAH

KGJ6171

NEGERI SEMBILAN

NEM4186

KOTA KINABALU

SJU7488

KUCHING

QAB8464P

Terakhir Kemas Kini 28 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-10-2026
Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

15-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Kereta Baru

17-10-2025
Kereta Baru

30-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Bila LTU Kelantan Siap?

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar  Terbesar Kini di Selangor

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026
Berita Auto
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat

11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat

NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.

26-10-2026
Berita Auto
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?

Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?

Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.

26-10-2026
Berita Auto
Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ekor Rapat Sebab Nak Jimat Duit.

23-10-2026
Berita Auto
TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu 'sesak' dengan 800,000 pengguna,

23-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.