ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Zurich dan PLUS Bekerjasama Tawar Perlindungan Lebih Komprehensif Untuk Pengguna Lebuhraya PLUS

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Azman Ismail (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad Shamsul Azman Alias (kanan) teruja dengan faedah untuk pelanggan lebuh raya PLUS yang menyertai Z-ProMiles Takaful


Zurich Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjalinkan kerjasama untuk memperluaskan lagi perlindungan kepada pengguna Lebuhraya PLUS serta menambah perkhidmatan yang ditawarkan syarikat konsesi lebuh raya tersebut melalui produk baharu, Z-ProMiles Takaful.


Z-ProMiles Takaful disediakan untuk ahli PLUSMiles (program ganjaran PLUS) yang memerlukan perlindungan tambahan semasa dalam perjalanan di Lebuhraya PLUS dengan Faedah Akibat Kesulitan, Penginapan Hotel dan Elaun Penggantian Kereta. Manfaat ini merupakan tambahan kepada manfaat kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal akibat kemalangan dan pendapatan hospital akibat kemalangan.


Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful, Shamsul Azman, berkata, perlindungan yang ditawarkan dalam pelan tersebut boleh dipilih berdasarkan keperluan dan belanjawan pelanggan Lebuhraya PLUS dan ahli PLUSMiles.


Tambah Shamsul, “Setiap nyawa amat berharga. Banyak nyawa dipertaruhkan di jalan raya setiap hari, dan perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan melindungi diri dan orang tersayang selain berhati hati ketika dalam perjalanan. Sebagai pengguna jalan raya, kami memahami kegusaran pelanggan jika berlaku kejadian yang tidak diingini ketika berada di jalan raya. Perlindungan kenderaan bermotor adalah pelan jaminan bagi mod pengangkutan kita, tetapi kebanyakan orang tidak dilindungi daripada kejadian yang tidak dijangka seperti apabila berlakunya kerosakan kenderaan di lebuh raya.




“Zurich komited untuk mengurangkan cabaran yang dihadapi oleh pengguna jalan raya sebagai salah satu tanda prihatin kami terhadap pelanggan. Melalui kerjasama dengan PLUS, kami boleh memperkenalkan produk takaful ini melalui aplikasi digital yang mudah. Ini membantu memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan apabila menggunakan rangkaian Lebuhraya PLUS,” katanya. 


Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata, “Keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan kami. Kami sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan nilai tambah bagi membolehkan perjalanan yang selesa ketika di lebuh raya kami. PLUS berpegang kepada prinsip keselamatan jalan raya 3E kami, iaitu Engineering, Enforcement and Education (Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan). Pada masa yang sama, kami sentiasa mencari rakan strategik dan usaha sama bagi membantu meningkatkan nilai kepada pelanggan kami.”


“PLUS memacu keselamatan jalan raya melalui pasukan rondaan lebuh raya kami, PLUSRonda, Pusat Pemantauan Trafik, audit keselamatan jalan raya berkala, serta penglibatan dan kerjasama berterusan dengan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” tambahnya.


“Kami berbesar hati apabila Zurich Malaysia berkongsi matlamat kami untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan lebuh raya. Kerjasama ini melengkapkan usaha kami untuk menjadikan lebuh raya kami lebih selamat dan ianya akan memanfaatkan rakyat Malaysia,” kata Datuk Azman.




Untuk mendapatkan perlindungan Z-ProMiles Takaful, pengguna boleh melakukan pendaftaran sebagai ahli PLUSMiles melalui aplikasi PLUS atau dengan melayari https://pluscare.plus.com.my dan pilih pelan Z-ProMiles Takaful. Z-ProMiles Takaful menawarkan perlindungan untuk insiden trafik tertentu di lebuh raya yang dikendalikan PLUS iaitu: 


  • PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)

  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)

  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)

  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

  • Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)

  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

  • Jambatan Pulau Pinang


“Ini adalah kerjasama pertama kami dengan PLUS. Kami sangat teruja untuk menawarkan lebih banyak produk baharu dan usaha sama lain pada masa depan,” tambah Shamsul.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2026
Berita Auto

25-09-2025
Berita Auto

28-07-2025
Berita Auto

21-07-2025
Berita Auto

04-06-2025
Berita Auto

03-06-2025
Berita Auto

10-02-2025
Berita Auto

20-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.