[BARU TAHU] Proton Pernah Keluarkan Kereta Limusin Rupanya!
Proton Limousine (Foto: Harian Metro)
Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya jenama pengeluar kereta nasional, Proton, pernah mengeluarkan limusin (dalam bahasa Inggerisnya limousine) dan eksekutif yang mana kedua-duanya merupakan sedan mewah ‘panjang’ atau dengan jarak roda yang lebih panjang daripada sebuah sedan biasa.
Model kereta untuk ‘orang kaya-kaya’ ini dikeluarkan sekitar tahun 1990-an untuk mempelbagaikan lagi tawaran daripada varian sedia ada bagi model seperti Proton Saga, Iswara, Wira, Waja dan Perdana.
SEJARAHNYA...
Bila masa pula Proton keluarkan kereta panjang? Ini sejarahnya...

Idea untuk menghasilkan kereta versi panjang dan mewah ini diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad.
Sebuah syarikat di bawah Edaran Otomobil Nasional (EON) iaitu Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd (ACE) ditubuhkan pada tahun 1990 untuk tujuan menghasilkan kereta-kereta limusin ini.

Evolusi logo EON dari atas ke bawah: 1984, 1990, 2020
KERJASAMA DENGAN PEREKA ITALI
Syarikat negara kita telah menjalinkan kerjasama dengan seorang pereka dari Itali yang pada ketika itu bermastautin di negara Australia iaitu Aldo Travaglini. Sebagai konsultan ACE, beliau berkongsi kepakaran yang dimiliki untuk menghasilkan limusin berdasarkan sebuah sedan standard.
LIMUSIN PERTAMA: PROTON SAGA GRAND LIMOUSINE

Proton Saga Grand Limousine sewaktu pertama kali dipertontonkan kepada orang awam (Foto: Harian Metro)
Buat pertama kalinya, Proton memperkenalkan sebuah kereta limusin, Proton Saga Grand Limousine, pada bulan Julai 1990 di Pameran Perdagangan Antarabangsa Shah Alam.

Tiga kepanjangan ditawarkan: 4.8 meter, 5.1 meter dan 5.5 meter (Foto: Mohd Hizri)
Kereta ini kemudiannya dilancarkan secara rasmi di Carcosa Seri Negara pada bulan September 1990.
Ciri-ciri Proton Saga Grand Limousine:
Lapisan vinil pada bumbung
Penyejuk udara depan dan belakng
Tingkap automatik
Pelindung angin belakang
Tiga kepanjangan ditawarkan: 4.8 meter, 5.1 meter dan 5.5 meter
EKSEKUTIF PERTAMA: PROTON SAGA/ISWARA EXECUTIVE

Iklan Proton Saga Executive (Foto: Wayne Phang)
Proton Saga Executive memiliki kepanjangan lebih 254 mm berbanding sedan biasa. Sewaktu dilancarkan pada tahun 1991, ia dijual pada harga RM 49,700.
PROTON WIRA GRAND LIMOUSINE


Bahagian luar Proton Wira Grand Limousine (Foto: Baharein Bayen)
Hanya 25 unit dikeluarkan, Proton Wira Grand Limousine ini lebih panjang 915 mm berbanding sedan biasa.
Ciri-ciri Proton Wira Grand Limousine:
Terdapat televisyen dengan game
Dilengkapkan dengan antena televisyen jenis boomerang
Balutan kulit Connolly
Meja yang dilengkapi laci serta perehat kaki
Cermin privasi antara kabin depan dan penumpang
Lapik lantai diperbuat daripada bulu kambing biri-biri
Kemasan kayu pada papan pemuka
Lampu bacaan belakang
Enjin 4G93 4 silinder 1.6L dengan output 112 hp/137 Nm

Bahagian luar Proton Wira Grand Limousine (Foto: Baharein Bayen)
PROTON WIRA EXECUTIVE

Bahagian luar Proton Wira Executive (Foto: Baharein Bayen)

Bahagian dalam Proton Wira Grand Limousine (Foto: Baharein Bayen)
Sama seperti Proton Saga Executive kerana Proton Wira Executive juga dihasilkan dengan jarak roda lebih panjang sebanyak 254 mm daripada versi standard.
Ciri-ciri Proton Wira Executive:
Pembeli boleh memilih sama ada inginkan Wira model Aeroback ataupun Sedan
Kemasan kayu pada papan pemuka (dashboard)
Dua pilihan enjin ditawarkan iaitu 4G92P 4 silinder 1.6L dengan output 112 hp/137 Nm bersama transmisi 4 kelajuan automatik, serta enjin 4G15P 4 silinder 1.5L dengan output 84 hp/123 Nm bersama transmisi 3 kelajuan automatik
PROTON WAJA GRAND LIMOUSINE

Bahagian luar Proton Waja Grand Limousine (Foto: KYspeaks)
Bahagian dalam Proton Waja Grand Limousine (Foto: HouseRoomhunting )

Enjin 6A13 V6 2.5L Mitsubishi Galant (Foto: HouseRoomhunting)
Proton Waja Grand Limousine dihasilkan dengan enjin 6A13 V6 2.5L yang diambil daripada Mitsubishi Galant.
PROTON CHANCELLOR (PROTON WAJA)

Proton Chancellor ialah sebuah kereta panjang dengan casis Proton Waja. Ia memiliki kepanjangan 250 mm lebih daripada Waja versi standard. Harga jualannya ketika dilancarkan pada tahun 2005 ialah RM138,000.
Bahagian dalam Proton Chancellor (Foto: kereta.info)
Bahagian dalam Proton Chancellor (Foto: kereta.info)
Ciri-ciri Proton Chancellor:
Menggunakan kepakaran daripada syarikat Lotus untuk mendapatkan kualiti Ride & Handling yang mantap
Enjin 6A12 V6 2.0L yang diambil daripada Proton Perdana V6, output 148 hp/179 Nm dengan transmisi 4 kelajuan automatik Fuzzy Logic
Kelajuan maksimum 205 km/j
PROTON PERDANA LIMOUSINE (GENERASI PERTAMA)
-1-full_normal.jpg)
Proton Perdana Limousine (Foto: Wayne Phang)
Informasi berkaitan Proton Perdana Limousine tidak begitu banyak untuk dikongsikan. Sekiranya pembaca memiliki sebarang maklumat boleh kongsikan di ruangan komen artikel ini.
Berikut adalah antara foto Proton Perdana Limousine:
-3-full_normal.jpg)
-4-full_normal.jpg)
Luaran Proton Perdana Limousine (Foto: Bob the Plain Guy)
-2-full_normal.jpg)
Ruang kabin Proton Perdana Limousine (Foto: Wan Abdul Aziz)
PROTON PERDANA ‘ACCORDANA’ (GENERASI KEDUA)

Proton Perdana Accordana (Foto: Pandu Laju)
Proton Perdana Accordana merupakan limusin generasi kedua yang dihasilkan untuk kegunaan menteri. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah menggunakan model ini ialah Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir.


Kabin Proton Perdana Accordana (Foto: Pandu Laju)
Model ini dibina berdasarkan Honda Accord generasi kelapan dengan rekaan khas atau bespoke bagi kedua-dua bekas menteri tersebut. Satu unit istimewa dengan sudut pemandu di sebelah kiri pula dihasilkan untuk Perdana Menteri Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.
Terdapat dua versi Perdana Accordana iaitu versi yang dipanjangkan sebanyak 457 mm untuk menteri kabinet dan satu lagi versi yang dipanjangkan 813 mm untuk Perdana Menteri.
PROTON PERDANA EXECUTIVE

Proton Perdana Executive (Foto: RPS Motorsport)

Bahagian dalam Proton Perdana Executive (Foto: RPS Motorsport)
Proton Perdana Executive yang dilancarkan pada tahun 1995 ini direka lebih panjang 250 mm berbanding versi standard.
Ciri-ciri Proton Perdana Executive:
Keluaran tahun 1995 menggunakan enjin 4G63 6 silinder 2.0L dengan output 133 hp/176 Nm
Keluaran tahun 1998 menggunakan enjin 6A12 V6 2.0L dengan output 146 hp/179 Nm
Proton pertama yang dilengkapi teknologi ABS, kawalan pelayaran dan talaan Lotus Ride & Handling
Varian khas didatangkan dengan televisyen LCD bersaiz 6.5 inci, pemain VCD dan kotak konsol pejabat bergerak.
Ada yang tertarik untuk memiliki sebuah kereta keluaran Proton yang lain daripada yang lain ni? Dalam katalog kereta di CariCarz rupanya ada model-model unik ini:

Tangkap layar pada 26 Oktober 2022. Antara model Proton Limousine yang terdapat di CariCarz
Klik pautan ini untuk melihat senarai Proton Limousine terbaharu.
Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022
Baca: Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)
Baca: YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN7309
SELANGOR
BSM8541
JOHOR
JYS3805
PULAU PINANG
PSA2032
PERAK
APF5931
PAHANG
CFF5442
KEDAH
KGE5627
NEGERI SEMBILAN
NEJ6480
KOTA KINABALU
SJQ5768
KUCHING
QAB3580N
Terakhir Kemas Kini 03 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER C28 2026!
Ini 5 transformasi besar Nissan Serena e-Power C28 2026 yang bakal buat anda terpikat.
03-03-2026
Perkembangan LRT3 Akan Diumum Bulan Depan
Perkembangan terkini berhubung perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya akan diumumkan bulan depan.
03-03-2026
Pemilik Nissan Serena C26 & C27: Masa Untuk 'Upgrade' Dah Tiba! Nissan Serena e-Power C28 2026 Dilancar Esok!
Nissan Serena C28 2026 akan dilancarkan secara rasminya esok.
02-03-2026
Konflik Iran-AS: Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99
Kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara.
02-03-2026
"Kereta Yang Solid!" – Lee Chong Wei Pilih Zeekr 7X Sebagai EV Baharunya
Jenama EV premium, Zeekr Malaysia, baru-baru ini menyerahkan unit Zeekr 7X kepada ikon sukan negara, Datuk Seri Dr. Lee Chong Wei.
02-03-2026
Proton Saga MC3 2026 Masuk Brunei, Ada 2 Varian, Harga Bermula Hanya RM52,000
Susulan pelancaran berjaya All-New Proton Saga di Malaysia, Proton International Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) kini memperkenalkan model tersebut di Brunei Darussalam.
02-03-2026
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
MyDigital ID Satu-Satunya Cara Log Masuk Mulai 1 Mei – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Masih belum sempat daftar MyDigital ID? Ada berita baik! JPJ telah melanjutkan tarikh akhir pendaftaran sehingga 1 Mei 2026.
02-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
