ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[BARU TAHU] Proton Pernah Keluarkan Kereta Limusin Rupanya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton Limousine (Foto: Harian Metro)

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya jenama pengeluar kereta nasional, Proton, pernah mengeluarkan limusin (dalam bahasa Inggerisnya limousine) dan eksekutif yang mana kedua-duanya merupakan sedan mewah ‘panjang’ atau dengan jarak roda yang lebih panjang daripada sebuah sedan biasa.

Model kereta untuk ‘orang kaya-kaya’ ini dikeluarkan sekitar tahun 1990-an untuk mempelbagaikan lagi tawaran daripada varian sedia ada bagi model seperti Proton Saga, Iswara, Wira, Waja dan Perdana. 

SEJARAHNYA...

Bila masa pula Proton keluarkan kereta panjang? Ini sejarahnya...


Idea untuk menghasilkan kereta versi panjang dan mewah ini diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad. 

Sebuah syarikat di bawah Edaran Otomobil Nasional (EON) iaitu Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd (ACE) ditubuhkan pada tahun 1990 untuk tujuan menghasilkan kereta-kereta limusin ini. 

Evolusi logo EON dari atas ke bawah: 1984, 1990, 2020


KERJASAMA DENGAN PEREKA ITALI

Syarikat negara kita telah menjalinkan kerjasama dengan seorang pereka dari Itali yang pada ketika itu bermastautin di negara Australia iaitu Aldo Travaglini. Sebagai konsultan ACE, beliau berkongsi kepakaran yang dimiliki untuk menghasilkan limusin berdasarkan sebuah sedan standard. 

LIMUSIN PERTAMA: PROTON SAGA GRAND LIMOUSINE

Proton Saga Grand Limousine sewaktu pertama kali dipertontonkan kepada orang awam (Foto: Harian Metro)

Buat pertama kalinya, Proton memperkenalkan sebuah kereta limusin, Proton Saga Grand Limousine,  pada bulan Julai 1990 di Pameran Perdagangan Antarabangsa Shah Alam.


Tiga kepanjangan ditawarkan: 4.8 meter, 5.1 meter dan 5.5 meter (Foto: Mohd Hizri)

Kereta ini kemudiannya dilancarkan secara rasmi di Carcosa Seri Negara pada bulan September 1990.

Ciri-ciri Proton Saga Grand Limousine:

  • Lapisan vinil pada bumbung

  • Penyejuk udara depan dan belakng

  • Tingkap automatik

  • Pelindung angin belakang

  • Tiga kepanjangan ditawarkan: 4.8 meter, 5.1 meter dan 5.5 meter


EKSEKUTIF PERTAMA: PROTON SAGA/ISWARA EXECUTIVE


Iklan  Proton Saga Executive (Foto: Wayne Phang)


Proton Saga Executive memiliki kepanjangan lebih 254 mm berbanding sedan biasa. Sewaktu dilancarkan pada tahun 1991, ia dijual pada harga RM 49,700. 


PROTON WIRA GRAND LIMOUSINE


Bahagian luar Proton Wira Grand Limousine (Foto: Baharein Bayen)


Hanya 25 unit dikeluarkan, Proton Wira Grand Limousine ini lebih panjang 915 mm berbanding sedan biasa. 


Ciri-ciri Proton Wira Grand Limousine:

  • Terdapat televisyen dengan game

  • Dilengkapkan dengan antena televisyen jenis boomerang

  • Balutan kulit Connolly

  • Meja yang dilengkapi laci serta perehat kaki

  • Cermin privasi antara kabin depan dan penumpang

  • Lapik lantai diperbuat daripada bulu kambing biri-biri

  • Kemasan kayu pada papan pemuka

  • Lampu bacaan belakang

  • Enjin 4G93 4 silinder 1.6L dengan output 112 hp/137 Nm 


Bahagian luar Proton Wira Grand Limousine (Foto: Baharein Bayen)


PROTON WIRA EXECUTIVE



Bahagian luar Proton Wira Executive (Foto: Baharein Bayen)


Bahagian dalam Proton Wira Grand Limousine (Foto: Baharein Bayen)


Sama seperti Proton Saga Executive kerana Proton Wira Executive juga dihasilkan dengan jarak roda lebih panjang sebanyak 254 mm daripada versi standard. 


Ciri-ciri Proton Wira Executive:

  • Pembeli boleh memilih sama ada inginkan Wira model Aeroback ataupun Sedan

  • Kemasan kayu pada papan pemuka (dashboard)

  • Dua pilihan enjin ditawarkan iaitu 4G92P 4 silinder 1.6L dengan output 112 hp/137 Nm bersama transmisi 4 kelajuan automatik, serta enjin 4G15P 4 silinder 1.5L dengan output 84 hp/123 Nm bersama transmisi 3 kelajuan automatik 


PROTON WAJA GRAND LIMOUSINE

Bahagian luar Proton Waja Grand Limousine (Foto: KYspeaks)

Bahagian dalam Proton Waja Grand Limousine (Foto: HouseRoomhunting )

Enjin 6A13 V6 2.5L Mitsubishi Galant  (Foto: HouseRoomhunting)

Proton Waja Grand Limousine dihasilkan dengan enjin 6A13 V6 2.5L yang diambil daripada Mitsubishi Galant. 

PROTON CHANCELLOR (PROTON WAJA)


Proton Chancellor ialah sebuah kereta panjang dengan casis Proton Waja. Ia memiliki kepanjangan 250 mm lebih daripada Waja versi standard. Harga jualannya ketika dilancarkan pada tahun 2005 ialah RM138,000.

Bahagian dalam Proton Chancellor (Foto: kereta.info)

Bahagian dalam Proton Chancellor (Foto: kereta.info)

Ciri-ciri Proton Chancellor:

  • Menggunakan kepakaran daripada syarikat Lotus untuk mendapatkan kualiti Ride & Handling yang mantap

  • Enjin 6A12 V6 2.0L yang diambil daripada Proton Perdana V6, output 148 hp/179 Nm dengan transmisi 4 kelajuan automatik Fuzzy Logic

  • Kelajuan maksimum 205 km/j


PROTON PERDANA LIMOUSINE (GENERASI PERTAMA)


Proton Perdana Limousine (Foto: Wayne Phang)


Informasi berkaitan Proton Perdana Limousine tidak begitu banyak untuk dikongsikan. Sekiranya pembaca memiliki sebarang maklumat boleh kongsikan di ruangan komen artikel ini. 


Berikut adalah antara foto Proton Perdana Limousine:


Luaran Proton Perdana Limousine (Foto:  Bob the Plain Guy)



Ruang kabin Proton Perdana Limousine (Foto: Wan Abdul Aziz)


PROTON PERDANA ‘ACCORDANA’ (GENERASI KEDUA)


Proton Perdana Accordana (Foto: Pandu Laju)


Proton Perdana Accordana merupakan limusin generasi kedua yang dihasilkan untuk kegunaan menteri. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah menggunakan model ini ialah Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir.


Kabin Proton Perdana Accordana (Foto: Pandu Laju)


Model ini dibina berdasarkan Honda Accord generasi kelapan dengan rekaan khas atau bespoke bagi kedua-dua bekas menteri tersebut. Satu unit istimewa dengan sudut pemandu di sebelah kiri pula dihasilkan untuk Perdana Menteri Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.


Terdapat dua versi Perdana Accordana iaitu versi yang dipanjangkan sebanyak 457 mm untuk menteri kabinet dan satu lagi versi yang dipanjangkan 813 mm untuk Perdana Menteri. 


PROTON PERDANA EXECUTIVE


Proton Perdana Executive (Foto: RPS Motorsport)



Bahagian dalam Proton Perdana Executive (Foto: RPS Motorsport)


Proton Perdana Executive yang dilancarkan pada tahun 1995 ini direka lebih panjang 250 mm berbanding versi standard. 


Ciri-ciri Proton Perdana Executive:

  • Keluaran tahun 1995 menggunakan enjin 4G63 6 silinder 2.0L dengan output 133 hp/176 Nm

  • Keluaran tahun 1998 menggunakan enjin 6A12 V6 2.0L dengan output 146 hp/179 Nm

  • Proton pertama yang dilengkapi teknologi ABS, kawalan pelayaran dan talaan Lotus Ride & Handling

  • Varian khas didatangkan dengan televisyen LCD bersaiz 6.5 inci, pemain VCD dan kotak konsol pejabat bergerak. 


Ada yang tertarik untuk memiliki sebuah kereta keluaran Proton yang lain daripada yang lain ni? Dalam katalog kereta di CariCarz rupanya ada model-model unik ini:

Tangkap layar pada 26 Oktober 2022. Antara model Proton Limousine yang terdapat di CariCarz 

Klik pautan ini untuk melihat senarai Proton Limousine terbaharu.

Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Baca: Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)

Baca: YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR2265

SELANGOR

BSN4792

JOHOR

JYT4741

PULAU PINANG

PSA6781

PERAK

APG1484

PAHANG

CFF8543

KEDAH

KGE8425

NEGERI SEMBILAN

NEJ8190

KOTA KINABALU

SJQ8840

KUCHING

QAB4319N

Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Lautan Kenderaan: 2.8 Juta Kenderaan Serbu KL Hari Ini

2.8 juta kenderaan di lebuh raya dijangka masuk ke pusat bandar hari ini.

24-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Salah Guna RON95, MyKad Disekat, Subsidi BUDI95 Ditarik Balik Serta-Merta

Satu kesilapan, MyKad anda akan disekat dan kelayakan subsidi ditarik balik selamanya.

24-03-2026
Berita Auto

Tiket ETS Ke Utara Sold Out

Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...

19-03-2026
Berita Auto

Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter

Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?

18-03-2026
Berita Auto

Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual

Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.

18-03-2026
Berita Auto

Aidilfitri: Berita Gembira, Diskaun Tol 50%

Diskaun tol 50% bermula esok.

17-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.