Brek Kecemasan Automatik (AEB) Tidak Berkesan Pada Kelajuan Normal?

Ujian pelanggaran di simpang T (Foto: AAA)
Kajian daripada Persatuan Automobil Amerika (AAA) mendedahkan bahawa brek kecemasan automatik (AEB) hanya berfungsi dalam situasi tertentu iaitu pada kelajuan rendah dan bukannya dalam situasi kemalangan sebenar yang biasa berlaku.
Pengarah Hal Ehwal Awam AAA Oregon/Idaho, Marie Dodds berkata, “Brek kecemasan automatik telah direka supaya dapat berfungsi baik namun hanya pada tahap yang tertentu, iaitu untuk mengelakkan pelanggaran belakang atau mengurangkan kesan pelanggaran. Ujian AAA menunjukkan AEB tidak berfungsi baik dalam senario pemanduan biasa.”
Tambahnya, “AEB tidak efektif semasa kereta dipandu pada kelajuan tinggi dan mempunyai masalah untuk mengesan kenderaan yang datang dari arah depan yang membelok.”
Bagaimana sistem AEB berfungsi?

Ujian pelanggaran dari arah bertentangan (Foto: AAA)
AEB menggunakan kamera pandang hadapan dan sensor-sensor lain untuk menyalurkan maklumat kepada kenderaan tentang kenderaan yang berada di hadapan. Apabila ada kenderaan dikesan, kereta akan dibrek secara automatik.
Dua ujian yang telah dijalankan AAA
Bagaimana sistem AEB beroperasi apabila berdepan dengan kenderaan pegun semasa berada pada kelajuan antara 30 ke 40 batu sejam?
Bagaimana sistem AEB beroperasi semasa berdepan dengan kenderaan yang sedang bergerak di simpang T dan semasa kenderaan yang datang dari arah bertentangan membelok?
Hasil ujian

Ujian pelanggaran berkelajuan 40 batu sejam (Foto: AAA)
Pada kelajuan 30 batu/jam, AEB berjaya mengelak pelanggaran daripada berlaku dalam 17 daripada 20 ujian (85%) yang dijalankan.
Namun pada kelajuan lebih tinggi iaitu 40 batu/jam, sistem AEB hanya berjaya mengelakkan kemalangan daripada berlaku dalam 6 daripada kesemua 20 ujian (30%).
Dalam situasi simpang T dan ketika kenderaan bertentangan membelok, kemalangan berlaku dalam kesemua ujian atau 100%. AEB gagal untuk memberi amaran kepada pemandu atau memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan pelanggaran.
Cadangan daripada AAA kepada pengeluar kenderaan dan pemandu
Kereta robotik lembut yang digunakan dalam ujian AEB
Pengeluar kereta atau agensi berkaitan perlu memberi tumpuan kepada pembangunan sistem dan pembentukan protokol ujian yang lebih baik dan mampu untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan yang sering berlaku dalam situasi sebenar.
Pengeluar kereta perlu memperbaik sistem AEB bagi membantu pemandu dalam situasi pelanggaran di simpang. Sistem AEB patut diletakkan sebagai ciri standard pada kesemua model.
Pemandu perlu faham bagaimana sistem AEB berfungsi dan ini termasuklah kekurangan sistem tersebut. Pemandu tidak sepatutnya bergantung pada AEB sepenuhnya untuk mengelakkan pelanggaran. Masih tiada lagi teknologi yang berfungsi 100%. Penting untuk pemandu kekal berwaspada.
Sumber: AAA
Baca: iPhone 14 Ada Ciri Pengesan Kemalangan Kereta? Ini Cara Ia Berfungsi...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4755
SELANGOR
BSU5941
JOHOR
JG3508J
PULAU PINANG
PSG7407
PERAK
APM4708
PAHANG
CFJ2213
KEDAH
KGJ5724
NEGERI SEMBILAN
NEM3856
KOTA KINABALU
SJU6837
KUCHING
QAB8241P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut
Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan.
13-07-2022
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan
Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas.
16-11-2021
Ibu Maut, Anak Parah Dirempuh Hilux Laju Melanggar Lampu Merah
Seorang wanita maut manakala anaknya pula mengalami kecederaan serius selepas dilanggar oleh Toyota Hilux.
26-04-2021
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge