Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk

Rata-rata pengikut pempengaruh permainan video terkenal Advance Gaming dari Bangladesh, Muzahid Millad, 22, menuntut keadilan di atas kematian pempengaruh itu selepas dia terbunuh ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Muzahid terbunuh dalam satu kemalangan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) gara-gara dirempuh pegawai tentera yang disyaki mabuk.
Bagaimanapun, Isterinya, Nafisa Tabassum Adiba, 23, dilaporkan cedera. Pasangan berkenaan yang berasal dari Habiganj, Bangladesh, dilaporkan baru tiba di Malaysia untuk bercuti selama seminggu di ibu negara.
Kematian Muzahid sekali gus mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan komuniti permainan dalam talian Bangladesh.
Di media sosial, tanda pagar seperti #JusticeForMuzahid, #JusticeForAdvanceGaming dan #BangladeshDemandsJustice mula tular, dengan ramai menuntut tindakan tegas terhadap pelaku.
Terdahulu, polis menahan seorang anggota tentera berusia 31 tahun yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan kemalangan maut itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun serta denda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
SUMBER: BERITA HARIAN
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4471
SELANGOR
BSU5907
JOHOR
JG3420J
PULAU PINANG
PSG7331
PERAK
APM4661
PAHANG
CFJ2180
KEDAH
KGJ5701
NEGERI SEMBILAN
NEM3843
KOTA KINABALU
SJU6823
KUCHING
QAB8209P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jangan Lalu Atas Garisan Hitam Ini
Penunggang motor dedah ‘Garisan Hitam’ di susur keluar MEX jadi perangkap maut waktu hujan.
18-05-2026
Kadar Tol Kekal Di 10 Tol - Bukan Keputusan Mudah
Keputusan itu dijangka memberi manfaat kepada hampir sejuta pengguna lebuh raya setiap hari, khususnya mereka yang berulang-alik ke tempat kerja.
23-07-2025
Lebuhraya MEX Sesak Teruk, Rupanya Disebabkan Kemalangan
Kelihatan lorong kanan dan tengah terhalang sehingga mengakibatkan trafik menjadi perlahan.
10-06-2025
Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) sudah bermula di 12 lebuhraya utama .
08-09-2023
Pengguna Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Untuk Lepas Tol MEX
Mulai hari ini, pengguna Lebuhraya Mex boleh bayar tol guna kad debit, kredit.
03-08-2023
LDP, KESAS, MEX, SMART, SPRINT Bakal Guna Pembayaran Kad Debit/Kredit
Sebanyak lima lagi lebuh raya bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka tol.
28-03-2023
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
