G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV
-full_normal.jpg)
Pembentangan Bajet 2023 yang diumumkan baru-baru ini nyata tidak mengecualikan industri kenderaan elektrik (EV) bahkan bakal merancakkan lagi industri kenderaan elektrik.
Ia berikutan kerajaan bersetuju untuk mengecualikan fi permit import (AP) kepada pengimport EV hingga 31 Disember 2023.
Malah, pengilang peralatan pengecasan EV juga diberikan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan cukai berkanun bagi tahun taksiran 2023-2032, dan elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus.
Sebaliknya, langkah ini dilihat penting dalam pembangunan ekosistem EV tempatan dimana ia akan menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan pembeli EV yang berpotensi.
Namun apa yang terjadi hari ini ialah anda mungkin teragak-agak untuk membeli EV selepas melangkah masuk bilik pameran kerana senarai menunggu EV yang ditempah agak panjang.
Ia berpunca daripada permintaan tinggi yang diperoleh untuk segmen EV. Anda boleh dikatakan bernasib baik jika menerima EV pada suku pertama tahun 2023.
Begitupun, ada juga kemungkinan besar nama anda diselitkan dalam senarai menunggu dimana anda terpaksa menunggu sekurang-kurangnya hujung tahun 2023 atau awal tahun 2024.
-full_normal.jpg)
Tahukah anda, faktor-faktor seumpama ini menyebabkan pembeli EV yang berpotensi beralih arah ke kenderaan reconditioned atau pendek kereta terpakai dari luar negara.
Buat masa ini, pasaran EV reconditioned dilihat semakin rancak memandangkan terdapat banyak kenderaan import terpakai yang sudah sedia untuk dijual dan apa yang lebih menarik ia terdiri daripada pelbagai jenama dan model.
Salah satu pemain industri kereta recond yang paling popular ketika ini ialah G-Mart Group dimana ia kini berusaha untuk memenuhi permintaan EV menerusi anak syarikat pengedar kereta import, Moscorp Sdn Bhd.
Syarikat ini menawarkan pelbagai EV seperti model Tesla (Ada Tesla baharu dan terpakai), Mercedes-Benz EQ, Porsche Taycan, Nissan Leaf, MG ZS EV dan Ford Mustang Mach-E.
-full_normal.jpg)
Sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri kereta recond, ia juga mempunyai pengalaman luas dalam urusan pemilikan EV.
Untuk makluman G-Mart Group telah berjaya mendaftar dan menyerahkan lebih 50 unit EV kepada pemiliknya sejak April tahun ini.
Biarpun tidak begitu banyak pengedar kereta recond bersedia merancakkan penggunaan EV namun G-Mart Group menyahut cabaran untuk membantu kerajaan mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.
Bagi ia menjadi kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menetapkan sasaran untuk mencapai neutraliti karbon pada pembentangan Bajet 2022 dimana pengeculian cukai jalan dan duti import diumumkan buat julung kalinya.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Malah, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang merupakan pemegang Permit Import (AP) sekali gus menyakinkan keyakinan G-Mart Group dalam melakukan urusan pengimportan EV.
Buat masa ini, G-Mart kini memegang inventori terbesar dan terdapat lebih 100 unit EV di bilik pamerannya.
Bagi yang sedang mengintai kereta Tesla tetapi tidak tahu dimana untuk mendapatkannya atau terhalang gara-gara harga terlalu tinggi, maka kunjungi bilik pameran G-Mart Group kerana ia menyediakan pelbagai model Tesla seperti Model 3, Model Y, Model S dan Model X.
Harga Model 3 Tesla yang mengikut spesifiasi Jepun ini ditawarkan pada harga yang cukup berbaloi serendah RM220,000 sahaja!

Apa yang lebih menarik ialah jika anda membeli EV dari G-Mart, anda akan menerima pengecas mudah alih tiga pin standard secara PERCUMA termasuk penyambung dinding untuk memudahkan pengecasan di rumah.
Tawaran percuma ini adalah sebahagian daripada promosi akhir tahun syarikat itu.
Selain itu, pemilik EV yang dibeli dari G-Mart juga berpeluang menikmati pengecasan Arus Ulang Alik (AC) atau Arus Terus (DC) tanpa had di mana-mana daripada 13 cawangan syarikat itu.
Bagi yang berminat dengan kereta Tesla, untuk pengetahuan anda, kebanyakan Tesla yang diimport dari Jepun dilengkapi dengan penyesuai pengecasan kombo tambahan, serta sistem navigasi yang diprogram semula termasuk pemasangan kad Modul Identiti Pelanggan (SIM).
Bukan itu sahaja, semua bakal pembeli EV dari G-Mart Group juga berhak menerima yuran pemprosesan secara percuma dan EV mereka dilindungi dengan waranti terhad selama lima tahun melalui Program Waranti APEG. Waranti ini meliputi bateri voltan tinggi kenderaan, unit pemacu, unit kawalan media dan keperluan lain.
-full_normal.jpg)
Memandangkan Kumpulan Syarikat G-Mart sedang merintis EV recond, ia dikatakan akan menubuhkan Pusat Servis Kenderaan Elektrik (EVSC) sendiri yang terletak di Sg Sekamat, Kajang, Selangor yang disediakan hanya untuk EV.
Fasiliti ini akan menawarkan perkhidmatan membaik pulih kenderaan elektrik termasuk kerja-kerja penyelenggaran dan turut menyediakan alat ganti yang diperlukan untuk EV yang dibeli dari syarikat berkenaan.
Untuk itu, EVSC akan menganjurkan bengkel-bengkel berkaitan EV termasuk ruang servis dengan zon voltan tinggi khusus dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan berkelayakan untuk memastikan EV pelanggan dijaga dengan baik.
Pusat servis ini juga bakal menyediakan kemudahan badan dan cat selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Menerusi rangkaian luas EV yang ditawarkan, ia menerima sokongan selepas jualan yang kukuh serta pelbagai barangan PERCUMA.
Dengan adanya pelbagai tawaran menarik, jadii, mengapa tidak anda memilih EV recond yang dijual dari G-Mart Group?
Jika anda berminat untuk membeli EV pertama pada harga yang berbaloi, kunjungi laman web di www.evcar.my atau g-mart.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1276
SELANGOR
BSS7139
JOHOR
JC4099J
PULAU PINANG
PSE6762
PERAK
APK6459
PAHANG
CFH4494
KEDAH
KGH5347
NEGERI SEMBILAN
NEL4302
KOTA KINABALU
SJT5355
KUCHING
QAB4024P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


