Honda Dedah SUV Elektrik Pertamanya, Prologue 2024, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini...
Honda baru-baru ini telah memperkenalkan SUV baharu, Honda Prologue yang merupakan sebuah kenderaan elektrik (EV). Apa yang menarik tentang EV ini? Teruskan membaca untuk pendedahan terperinci.
Model serba baharu ini sebenarnya dihasilkan dengan kerjasama syarikat Honda dan General Motors (GM). Dalam kerjasama ini, Honda menyumbang kepakarannya dalam aspek reka bentuk kereta, sementara enjin/bateri dan trenkuasanya pula menggunakan teknologi kejuruteraan GM.
Reka Bentuk Honda Prologue

Honda menamakan konsep rekaan Prologue sebagai “neo-rugged” atau “gaya ranggi terkini” yang terserlah melalui penggunaan panel bawah kereta yang berwarna hitam. Jika dilihat secara keseluruhannya, reka bentuk Honda Prologue ini tidak seperti EV lain yang mengetengahkan banyak elemen futuristik.


Jika dipandang dari sudut hadapan, reka bentuk signature Honda terserlah, namun, pada bahagian belakang pula, nampak jauh berbeza daripada biasa. Lihat sahaja tulisan “Honda” yang tertulis di antara lampu belakang kereta, tiada lagi logo “H” seperti pada semua keluaran sebelum ini.

Selain itu, Prologue dikatakan memiliki saiz yang lebih besar daripada Honda CR-V 2023, kerana 8 inci lebih panjang dan 5 inci lebih lebar daripada model tersebut.
Ruang Kabin Honda Prologue

Masuk ke bahagian dalam, sekali pandang ruang kabin Honda Prologue ini kelihatan sama seperti model lain, namun dengan beberapa ciri moden baharu misalnya penggunaan panel instrumen digital 11 inci.


Apa yang menariknya, ia tampil berbeza daripada EV biasa, Honda mengekalkan butang kawalan ‘tradisional’ yang terdapat pada kereta misalnya butang untuk mengawal sistem infotainmen.
Maklumat Lain
Honda bercadang untuk mengeluarkan Prologue pada tahun 2024 nanti, dengan perancangan untuk memperkenalkan 30 model EV baharu yang lain menjelang tahun 2030.
Informasi berkenaan jarak perjalanan, kemampuan pengecasan dan harga Honda Prologue masih belum didedahkan. Nantikan berita mengenai Honda Prologue dalam artikel akan datang!
Jangan lupa untuk ikuti FACEBOOK kami untuk mendapatkan info terkini dunia automotif.
Baca: Penampakan Honda CR-V 2023 Di Thailand
Baca: Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!
Baca: Honda Panggil Semula Civic 2022 & City Hybrid 2021
Baca: [PANDU UJI] Honda City Hatchback RS e:HEV: Berbaloikah Bayar Lebih Hampir RM20K Untuk Hibrid?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6357
SELANGOR
BSR7090
JOHOR
JA5082J
PULAU PINANG
PSD9358
PERAK
APJ9570
PAHANG
CFH2061
KEDAH
KGH1740
NEGERI SEMBILAN
NEK9653
KOTA KINABALU
SJT1527
KUCHING
QAB2242P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat