ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebuhraya Dash Ragut Nyawa Pertama, "Hati-Hati Guna Dash, Jalan Terlalu Beralun," - Pengguna Dash

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Belum cukup seminggu dibuka, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) telah meragut nyawa pertamanya, seorang penghantar makanan setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan, lapor Astro Awani. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Fhakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan mengenai kemalangan di  KM15.7 dari arah Penchala ke Denai Alam diterima pada jam 12.05 tengah malam. 


Mangsa, lelaki berusia 24 tahun yang membawa motor jenis SYM VF3i   telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. 


Motosikal mangsa di tempat kejadian


"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.




Sesiapa yang memiliki sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.


LEBUHRAYA YANG BARU DIBUKA


Lebuhraya berkepanjangan 20.1 kilometer dengan 13 persimpanga keluar masuk itu baru sahaja dibuka pada Jumaat lepas, 14 Oktober 2022, pada jam 12.01 tengah malam. 


Pembinaannya menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).


KERISAUAN PENGGUNA LEBUHRAYA DASH YANG LAIN




Sebagai respon kepada kejadian ini, salah seorang pengguna Facebook yang pernah menggunakan Lebuhraya DASH meluahkan kerisauannya mengenai keadaan lebuhraya tersebut:


“Dari pengalaman saya menggunakan Lebuhraya DASH minggu lepas, permukaan Jalan sangat beralun dikawasan tersebut (terutama kawasan Penchala sehingga Kg Melayu Subang) dan agak berbahaya sekiranya dipandu melebihi kelajuan yang disyorkan.


“Banyak selekoh-selekoh yang boleh dikatakan agak tajam hampir 90 darjah yang jarang terdapat di lebuhraya di Malaysia. Jadi berhati-hatilah dan berwaspada semasa menggunakan #lebuhrayadash,” kata Shahril Jamal. 


Pengguna lain, Raja Mohd Firdaus meninggalkan nasihat kepada penunggang motor, "Kepada geng-geng rider motor sekalian, kemalangan pertama melibatkan kematian. Aku nak cakap, DASH ni jalan bouncy nak mampos! Hati-hati naik, aku dah lalu 2 hari lepas, taubat tak pakai dah melainkan terdesak. Kalau tayar tak gigit jalan, jangan berangan nak berentakan di sini."


KOMEN YANG DITINGGALKAN MEREKA YANG MENGENALI MANGSA


“Arwah ni baik orgnya ugamanya, selalu jadi imam waktu kami keluar jemaah Ustaz Ebit liew Setia Alam. Semoga Allah ampunkan segala dosa2nya Allah redho padanya. Aamiin,” kongsi Nor Azrel Zainal Abidin.


Salina Hassan meninggalkan komen, “Kawan anak saya. Memang baik sgt Ilham ni. Baru saja tamat pengajian architecture UITM bulan lepas. Byk juga tolong kami hantar makanan masa PKP 😔 semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala urusan dipermudahkan. Salam takziah pada keluarganya.”


Hasil pencarian mendedahkan, mangsa bernama, Muhammad Ilham Bin Mohd Azhar. Al fatihah diucapkan kepada Allahyarham.



Atas: Salah satu perkongsian oleh rakan arwah (Sumber: Farhan Razi)




Atas: Perkongsian daripada rakan arwah (Sumber: Muhammad Jannatun Naim)



Allah lebih menyayanginya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Tukar Lorong Tiba-Tiba, 1 Maut, 4 Kenderaan Remuk Teruk


Baca: Terlanggar Sofa Di Tengah Jalan, Warga Emas Ini Maut


Baca: Brek Kecemasan Automatik (AEB) Tidak Berkesan Pada Kelajuan Normal?


Baca: Maut Ikut GPS! Rupanya Dibawa Ke Jambatan Yang Sudah Runtuh









Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX6481

SELANGOR

BSP9749

JOHOR

JYW5497

PULAU PINANG

PSC2472

PERAK

APH4238

PAHANG

CFG4875

KEDAH

KGF8746

NEGERI SEMBILAN

NEK3935

KOTA KINABALU

SJR8912

KUCHING

QAB7504N

Terakhir Kemas Kini 18 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-07-2025
Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

06-02-2025
Berita Auto

15-05-2024
Berita Auto

29-04-2024
Berita Auto

09-04-2024
Berita Auto

07-04-2024
Global

01-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Lalu Atas Garisan Hitam Ini

Penunggang motor dedah ‘Garisan Hitam’ di susur keluar MEX jadi perangkap maut waktu hujan.

18-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Klasifikasi Baharu 'T15/T20' Hangat Diperkatakan, Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kewangan II

Kecoh isu minyak untuk T20, kerajaan tampil beri jawapan sebenar!

18-05-2026
Berita Auto

Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar

Hampir 50% Kereta Terpakai Ada Unsur Tipu: Macam Mana Nak Elak Daripada Terkena?

18-05-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Meragam Lagi, Ribuan Pengguna Terkandas

Penumpang disarankan menggunakan laluan alternatif lain.

18-05-2026
Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.