[VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati
![]()
Hairan, OKU parkir di petak OKU disaman
Menghairankan, seorang lelaki dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) tertanya-tanya mengapa dirinya disaman oleh pihak berkuasa kerana meletak kenderaan di dalam petak parkir khas untuk golongannya, OKU.
Video berdurasi 2 minit 3 saat tersebut tular di platform media sosial, TikTok milik Roslan Jajuli yang kini menerima tontonan lebih 1 juta.
Menurut Roslan, dia disaman oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat sewaktu meletakkan kenderaan di Morib dengan kesalahan yang dinyatakan “parking di tempat OKU.”
Baca: Remaja TikTok Maut Dilanggar Lori Cuba Cabaran ‘Malaikat Maut’
"Aku kena saman sebab parking kereta dekat tempat parking OKU. Bayar je lah, RM20 kan? Nanti aku ambil resit.
“Aku parking tempat OKU cantik, bukannya senget-senget. Aku baru tahu kalau aku parking dekat tempat OKU salah,” tambahnya lagi dengan nada kecewa.

Roslan menunjukkan kedudukan kenderaannya yang diletak elok
Tidak berpuas hati dengan saman yang diterima kerana kereta miliknya jelas memaparkan pelekat OKU selain turut diletakkan dalam petak parkir dengan baik.
Situasi ini menimbulkan tanda tanya, “Sticker OKU yang sebesar macam ini pun dia (penguatkuasa MPKL) tak nampak?

Sticker OKU yang ditampal
"Lain kali kau janganlah saman kereta aku, takkanlah sticker besar-besar macam ini pun tak nampak?" katanya.
Baca: Pengaruh TikTok: Dua Remaja Cuba Curi Kereta Guna Teknik Dipelajari Di TikTok
Komen netizen:
"Mungkin sebab abang tak daftar parking kat PBT. Saya pun OKU juga, berdaftar dengan PBT, dapat sticker OKU PBT ada nombor siri sekali. Sticker biru untuk cermin belakang." – Elmi
"Kadang-kadang bukan apa, mesti ada yang mengambil kesempatan. Tampal sticker, selepas itu park di tempat OKU, padahal pemandunya tak OKU pun.” – Vago
“Mungkin PBT tak perasan pelekat OKU.. sebab pelekat OKU lekat di tepi cermin macam roadtax.” – Nazrin NJ
"Saya pun pernah kena nasib yang sama. Dah daftar dekat PBT, siap dapat sticker lagi. Tetapi tetap kena saman juga.” – Haswanzz.
Sumber: TikTok
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Mangsa Sempat Bergambar Lepas Kemalangan Dengan Myvi Terbalik
Baca: [VIDEO] Pemandu Honda Buat Helah Untuk Elak Bayar Tol
Baca: Pengaruh TikTok: Dua Remaja Cuba Curi Kereta Guna Teknik Dipelajari Di TikTok
Baca: Remaja TikTok Maut Dilanggar Lori Cuba Cabaran ‘Malaikat Maut’
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Banyak Bas Ekspres Tiada Pemandu Kedua, JPJ Keluarkan 35 Saman
Gara-gara tiada pemandu kedua, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman ke atas 35 pemandu bas ekspres.
01-11-2024
Elak Pandu Lebihi Had Laju Atau Duit Melayang!
PDRM melaksanakan saman tembak laju atau saman ekor sejak semalam.
22-08-2023
Jangan Suka Hati Berhenti Dalam Petak Motosikal
Jangan letakkan kereta anda di ruangan petak merah yang tertera Motosikal.
08-07-2023
Tesla & Elon Musk Disaman Pemegang Saham Kerana Tidak Jujur
Tesla dan CEO syarikat, Elon Musk, telah disaman pada Isnin lalu oleh pemegang saham syarikat kerana dipercayai telah melebih-lebihkan keberkesanan dan keselamatan teknologi.
03-03-2023
Polis Kedah Tawar Diskaun Saman Trafik 50%, Hanya 3 Hari Bermula 17 Dis!
Diskaun saman trafik Kedah.
14-12-2022
Lebih 100K Saman Dikeluarkan Kepada Pemandu Warga Asing Di Malaysia
Lebij 100k saman dikeluarkan kepada pemandu kereta warga asing.
01-07-2022
Diskaun Saman Hingga 80% Selama 4 Hari Dari 9-12 Disember!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman besar-besaran sehingga 80 peratus bermula 9 hingga 12 Disember ini.
08-12-2021
[VIDEO] Ingat Hanya Ada Kereta Berasap Tapi... Rupanya Ada 5 Insiden Berlaku Serentak!
Bukan satu tapi lima insiden berlaku serentak dalam satu rakaman video!
09-12-2022
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

