ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Myvi Buat Pusingan U Tiba-Tiba! Ibu Maut, Anak Parah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kemalangan berpunca daripada Perodua Myvi yang membuat pusingan U mengejut di laluan tidak dibenarkan (Foto: Media sosial)


Seorang anak kini terpaksa menempuhi kehidupan tanpa seorang ibu, puncanya? Tindakan mengejut kenderaan lain. Berita Harian melaporkan, tragedi ini berpunca daripada sebuah Perodua Myvi yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di  Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth, Sungai Petani. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.50 tengah hari itu, ibu dan anak yang menaiki motosikal di laluan sama tidak sempat untuk mengelak dan merempuh Myvi tersebut sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta lain. 


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata, Myvi yang dipandu oleh lelaki berusia 32 tahun itu menggunakan laluan sama dengan motosikal tersebut. 


"Hasil pemeriksaan mendapati Perodua Myvi dan motosikal berkenaan datang dari arah sebuah pasar raya menuju ke Tikam Batu, manakala sebuah lagi kereta terbabit pula dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan.


"Ketika itu, Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal ditunggang mangsa tetapi setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dikatakan membuat pusingan U secara tiba-tiba," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tindakan mengejut tersebut membuatkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh Myvi berkenaan. 


"Akibatnya, penunggang dan pembonceng motosikal itu tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang dipercayai tidak sempat mengelak.


"Pembonceng motosikal berusia 52 tahun dan anaknya berumur 24 tahun yang bekerja sebagai operator kilang kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.




"Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang akibat kecederaan parah di kepala, manakala anaknya yang patah paha kiri pula masih menerima rawatan," katanya.


Siasatan awal mendedahkan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada kecuaian pemandu Myvi kerana melakukan pusingan U di laluan yang tidak dibenarkan. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Al-fatihah kepada mangsa (Foto: Media sosial)


Sumber: Berita Harian


Baca: Kemalangan Babit 2 Myvi, 3 Sekeluarga Maut


Baca: EV Harga Myvi! EV Tiago Dijual Dari RM48K! Ini Spesifikasinya...

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.