ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda atas Mercedes (Sumber: TikTok | Joanne Gadallah)


Baru-baru ini tular video yang menunjukkan satu situasi pelik di mana sebuah kereta Honda Civic dilihat berada di atas sebuah kereta mewah Mercedes. Persoalannya bagaimana boleh berlaku pelanggaran ‘dari atas’ ini? Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah pasaraya di Sydney, Australia.


Pasukan keselamatan tiba ke lokasi kejadian pada jam 9.45 pagi dan mendapati seorang lelaki berusia 50 tahun mengalami kecederaan kecil. Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


PUNCA KEMALANGAN


Kemalangan ini dikatakan berlaku selepas pemandu Honda Civic tersebut, seorang wanita warga emas berusia 73 tahun terlanggar palang pagar. 


Honda atas Mercedes (Sumber: TikTok | Joanne Gadallah)


Pihak polis New South Wales memberitahu pemberita, “Wanita tersebut telah melanggar palang pagar sebelum keretanya terpusing dan merempuh kenderaan lain.”


PUNCA SEBENAR PELANGGARAN PALANG TERSEBUT TERDEDAH DI TIKTOK


Seorang pengguna TikTok bernama Kelz Kitch menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sebelum kemalangan tersebut.


“Wanita yang memandu kereta itu cuba memotong saya, tetapi tidak berjaya. Semasa itu kami sedang menuju ke arah palang pagar dan dia cuba untuk memotong saya lagi sekali dan lihat apa yang berlaku kepada keretanya.


Honda atas Mercedes (Sumber: TikTok | Joanne Gadallah)


“[Wanita tersebut] Terus melanggar palang pagar itu dan ‘terbang’ melepasi [kereta] saya.”


Jelasnya lagi, terdapat bonggol jalan sebelum palang pagar. Pemandu Honda itu dikatakan terpijak pedal minyak sedangkan dia sepatutnya menekan brek. 


Seorang lagi pengguna TikTok, Joanne Gadallah yang telah merakamkan kemalangan tersebut berkata, wanita yang memandu Honda itu “berlari sambil menjerit dan menangis” sebelum dipeluk untuk ditenangkan.


VIDEO KEMALANGAN



KOMEN NETIZEN


“Ini barulah ‘double park.’”


“Saya sejujurmya tak faham fizik di sebalik [kejadian] ini.”


Wanita tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Sumber: 9News, Yahoo News


Baca: Myvi Buat Pusingan U Tiba-Tiba! Ibu Maut, Anak Parah


Baca: Disangka Jalan Masih Tutup, Kereta Dirempuh Treler, Seorang Maut


Baca: Maut Ikut GPS! Rupanya Dibawa Ke Jambatan Yang Sudah Runtuh

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!

Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.

28-01-2026
Global

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.

09-06-2025
Kereta Baru
Kereta Baru

Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian

Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

12-12-2024
Berita Auto

Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.

01-10-2024
Berita Auto

Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...

02-08-2024
Berita Auto

Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.

26-07-2024
Berita Auto

Tragis! Kemalangan Maut Di JB

Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.

06-03-2024

Berita Terkini

Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.