Subsidi RM5,000 Hanya Untuk Tukar Kereta Baharu

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, mencadangkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan subsidi sebanyak RM5,000 bagi mana-mana pengguna yang berhasrat untuk menukar kenderaan baharu.
Memetik kenyataan daripada laporan Berita Harian, Roslan berkata, pemberian subsidi itu boleh diberikan kepada individu yang mahu membeli kenderaan baharu berharga di bawah RM60,000.
"Inisiatif itu boleh dipertimbangkan dalam Bajet 2023 itu, kerana ia bukan sekadar dapat meningkatkan pemilikan kereta baharu mampu milik, malah mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya,” katanya kepada wartawan Berita Harian.

ROSLAN
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memperluaskan insentif kenderaan elektrik (EV) kepada segmen kenderaan hibrid.
Menurutnya, langkah itu dilihat berasas dalam memperluaskan insentif kepada kenderaan hibrid elektrik (HEV), kenderaan 'plug-in' hibrid elektrik (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV).
Ia sekurang-kurangnya dapat memaksimumkan penggunaan yang dilengkapi teknologi baharu dan memelihara alam sekitar.
Apa pula pandangan anda?
Adakah wajar kerajaan memberikan subsidi RM5,000 bagi yang berhasrat untuk membeli kenderaan di bawah harga RM60,000?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kepada Pelanggan Proton, Jangan Lepaskan Peluang Sertai Kempen "My PROTON, My New Ride"
Proton sedang mengadakan kempen baharu, “My PROTON, My New Ride.
18-03-2022
Nak Beli Kereta? Kereta Apa Yang Anda Boleh Dapat Dalam Harga RM50K Hingga RM60K!
Sekiranya anda mempunyai bajet sekitar RM50,000 hingga RM60,000, adakah anda sanggup untuk membelanjakan wang berkenaan untuk membeli kereta baharu atau kereta terpakai? Berdasarkan penyelidikan kami di caricarz.com, di sini terdapat beberapa model kereta yang memenuhi anggaran harga itu.
27-05-2021
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge