2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Proton X50 1.5 TGDi Flagship
Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan apabila berjaya menjual sebanyak 12,882 unit kenderaan pada bulan Januari tahun ini, terbaik sejak tahun 2013.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan Proton untuk terus endominasi pasaran automotif Malaysia. Menariknya, Proton merupakan satu-satunya jenama automotif yang merekodkan peningkatan jualan, dengan pertumbuhan sebanyak 1.3% berbanding Disember 2023 dan peningkatan 10.3% berbanding Januari 2023.
INI LIMA MODEL TERLARIS PROTON

Proton S70
Penghantaran model terbaru Proton, sedan Proton S70, telah dimulakan pada bulan Januari dengan penghantaran sebanyak 1,442 unit. Secara keseluruhannya, model ini telah ditempah sebanyak 8,000 unit. Selain itu, sebanyak 15 unit S70 dieksport ke Brunei menjelang pelancaran rasminya bulan ini.
SUV terlaris di Malaysia, Proton X50, terus mendominasi segmen B dengan pencapaian jualan sebanyak 2,002 unit pada bulan Januari. Seterusnya, sedan segmen B, Proton Persona dengan jumlah jualan 1,846 unit.

Proton X90
Model tertinggi syarikat, Proton X90, mencatatkan prestasi yang cemerlang sebagai peneraju dalam pasaran SUV segmen D dengan 365 unit terjual pada bulan Januari.

Proton Saga
Selepas mencatatkan jualan yang mengagumkan sebanyak 70,184 pada tahun 2023, Proton Saga kekal laris dengan jualan sebanyak 6,127 unit bulan lalu. Kejayaan ini sekali lagi membuktikan Saga kekal kukuh sebagai model asas dalam legasi PROTON dan paling menonjol dalam pasaran automotif negara.
Sementara itu, MPV segmen C, Proton Exora, walaupun telah ditamatkan pengeluarannya, kekal relevan dengan 203 unit terjual pada bulan Januari.
Jadual di bawah menunjukkan prestasi jualan setiap model Proton bagi bulan Januari 2024:
JANUARI 2024 SATU PERMULAAN YANG KUKUH BAGI PROTON
Kini, pegangan pasaran syarikat untuk bulan Januari mencecah 19.5%, iaitu 3% lebih tinggi berbanding Disember. Pertumbuhan ini adalah satu petanda positif yang menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap rangkaian model PROTON.
Menyifatkan pencapaian ini sebagai "permulaan tahun yang kukuh," PROTON tidak hanya mampu mengekalkan prestasinya tetapi juga merancang untuk mencapai pertumbuhan yang lebih pesat dalam 11 bulan yang akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200
Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.
30-03-2026
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Lakaran Proton Saga MPV menjadi bualan hangat di media sosial.
09-03-2026
Tergoda Dengan X50 R3? Cekau Cepat, Ada 200 Unit Je
Proton menayangkan model Proton X50 R3 Concept sempena Malaysia Autoshow 2023.
03-05-2023
Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV
Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton telah menghantar 16 kakitangannya ke Hangzhou, China baru-baru ini.
16-12-2022
Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!
Sempena ulang tahun keempat Proton X70, Proton dedahkan 10 fakta mengenai SUV itu.
13-12-2022
Jualan Kereta Proton Semakin Melonjak Walaupun Ada Isu Bekalan
Proton berjaya menjual 11,316 buah kenderaan pada bulan lalu walaupun terpaksa berhadapan dengan isu bekalan sementara.
06-12-2022
Proton Mahu Pasang 60,000 Enjin 1.5 TGDI Pada Tahun Depan
Jenama automotif nasional PROTON meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.
06-12-2022
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat