Tahniah PROTON, Catat Jualan 100,000 Unit Untuk Empat Tahun Berturut-Turut

Tahniah diucapkan kepada pengeluar kereta nasional, PROTON kerana mengakhiri suku ketiga tahun 2022 dengan mencacatkan jualan melebihi 100,000 unit kenderaan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, prestasi suku ketiga PROTON adalah suku terbaik bagi tahun ini.

ROSLAN
“Pencapaian ini adalah hasil gabungan kestabilan dalam pengeluaran serta daya tarikan berterusan model kami, terutamanya Proton Saga 2022 dan Proton X50.
"Oleh itu, walaupun permulaan tahun ini agak menyusut, kami yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan dua digit bagi tahun keempat berturut-turut,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, PROTON merekodkan jualan sebanyak 14,872 unit (domestik + eksport) pada bulan lepas manakala, jumlah jualan terkumpul pula (YTD) sebanyak 102,353 unit iaitu terdapat penambahan sebanyak 40.2% berbanding sembilan bulan pertama pada tahun 2021.
Ini bermakna, ia merupakan tahun keempat berturut-turut, pihak PROTON berjaya mencapai sasaran jualan melebihi 100,000 iaitu dua bulan lebih awal daripada tahun 2021.
Menyentuh dari segi pretasi jualan kenderaan pesaingnya, PROTON kekal di tempat kedua dalam jadual jualan dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.8% untuk bulan September.
Untuk makluman anda, angka pegangan pasaran YTD telah melebihi 20% buat kali pertama tahun ini dan kini berada pada 20.1%.
PROTON SAGA, X50 LARIS
Di sebalik jualan yang semakin meningkat, kita sedia maklum mengenai masalah kekurangan cip mikro global namun ia tidak menjadi penghalang buat PROTON untuk menyerahkan lebih banyak unit kepada pelanggan yang menunggu.
Perkara ini terbukti apabila PROTON dikatakan sudah menyerahkan 4,517 unit X50 kepada pemiliknya pada bulan lepas.
Dalam perkembangan sama, lebih 4,000 unit telah diserahkan selama empat bulan berturut-turut dan ini menyumbang kepada jumlah terkumpul YTD sebanyak 29,591.

PROTON SAGA
Proton Saga juga mencatatkan nombor yang cukup mengagumkan. Biarpun, penyerahan unit hanya 76 unit pada bulan Januari lalu namun model popular itu menetapkan paras tertinggi baharu untuk tahun 2022 dengan 6,442 unit.
Jualan terbaharu itu mencapai jumlah yang tidak pernah dicapai sejak bulan Oktober 2013. Jumlah YTD sebanyak 40,603 unit juga jauh di hadapan berbanding tahun 2021, menunjukkan peningkatan sebanyak 49.3% dan buktikan ia kekal sebagai pilihan relevan untuk semua pelanggan PROTON.

PROTON X70
Bagaimanapun, model lain juga turut menunjukkan prestasi yang sama baik pada bulan September misalnya, Proton X70 terus menerajui pasaran SUV segmen C dan dengan 1,730 unit diserahkan,
Proton Exora juga terus menunjukkan popularitinya walaupun terdapat pelancaran MPV pesaing yang lebih baharu.
Sebanyak 418 unit Exora telah diserahkan bulan lepas, dan setakat tahun ini, sebanyak 3,108 unit telah diserahkan kepada pemiliknya,
Proton Persona mencatatkan 1,159 unit, manakala Proton Iriz mencatatkan 606 unit pada bulan September.
Jualan kedua-dua model ini dilihat merosot 2.3% dan 13.2% masing-masing dengan jumlah 10,787 dan 4,119 unit YTD.
Sebaliknya, pasaran automotif dijangkakan pulih pada suku terakhir tahun kerana bekalan cip dan pengeluaran akan stabil.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA5520
SELANGOR
BSQ4196
JOHOR
JYX4542
PULAU PINANG
PSC5641
PERAK
APH7468
PAHANG
CFG6247
KEDAH
KGG2432
NEGERI SEMBILAN
NEK5104
KOTA KINABALU
SJS1086
KUCHING
QAB8941N
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025
Walaupun harga masih belum diumumkan, Proton X70 sudah boleh ditempah dengan bayaran deposot RM500.
05-08-2024
PROTON Catat Jualan Memberangsangkan, Buktikan Masih Ramai Minat Kereta PROTON
Sebelum dua bulan berakhirnya tahun 2022, Pengeluar kereta nasional PROTON sempat melonjakkan jualannya kepada 115,366 unit untuk tahun ini.
03-11-2022
Serahan Unit Kenderaan Terdiri: Proton Perdana, X70, Saga.
PROTON menyerahkan 10 unit kenderaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong penganjuran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.
11-08-2022
Mengapakah Penapis Kabin Penting? Inilah Sebabnya!
Proton tawar N95 untuk semua keluaran modelnya.
21-01-2022
Jualan Jan 2025 Menyusut Berbanding Jan 2024, Tapi Pasaran Eksport Melonjak
Proton Saga tetap menerajui pasaran eksport.
13-02-2025
Jualan Proton Naik Lagi Sebab Saga?
Macam biasa, Saga sentiasa paling laris dalam mana-mana pasaran.
06-05-2024
Berita Terkini
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun
Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.
29-05-2026
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan
Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.
29-05-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!
Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.
28-05-2026
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat